Seorang Youtuber dikenali sebagai Mizan Majid memohon maaf kepada orang ramai selepas kandungan videonya mendapat kecaman netizen.

Mizan bersama seorang lagi rakannya, dikenali sebagai Man Wowww memohon maaf kerana bergurau keterlaluan.

Menerusi video yang dimuatnaik, Mizan berkata semua manusia melakukan kesilapan dan berharap warganet dapat memaafkan mereka.

“Kami mohon maaf dan tahu prank macam tu bukan budaya orang Malaysia dan orang Melayu kita. Harap korang maafkan kitaorang, ye lah semua manusia melakukan kesilapan.

“Tujuan kami buat video pada jam 3 pagi ini semata-mata untuk bagi korang faham yang kami bukan saja-saja nak menganiaya orang.

“Sebenarnya tujuan kami buat video tersebut untuk menghiburkan korang. Lagi pun kitaorang dah plan walau apa pun yang terjadi jangan sentuh body atau muka orang.

“Kita bukan nak tampar betul-betul cuma gertak,” katanya.

Tambah Mizan lagi, video tersebut dibuat untuk tujuan sosial eskperimen dan melihat reaksi orang ramai.

"Kami juga telah memohon maaf kepada semua 'mangsa' cuma dua gadis tionghua itu kami tak sempat. Masa tu dah rasa bersalah sangat.

“Saya hanya mencuba tapi ramai yang tak berkenan. Niat saya hanya nak menghiburkan saya betul-betul mohon maaf.

"Kami tidak akan buat lagi kandungan yang macam ni kerana orang Malaysia tak suka. Cuma satu saya mohon, kalau nak kecam janganlah libatkan nama orang tua saya,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata menganggap Youtuber tersebut cuba menaikkan pengikut dengan melakukan kandungan bodoh.

Ada juga mereka dikenakan tindakan undang-undang kerana mengganggu ketenteraman awam.

Terdahulu tular di media sosial, Youtuber melakukan prank dengan menggertak mahu menampar orang ramai yang sedang menggunakan escalator di pusat membeli belah Mid Valley.

Tindakan tersebut kemudiannya mengundang kecaman orang ramai kerana mengganggu ketenteraman orang awam dan dianggap biadab.

Video itu bagaimanapun sudah dipadam daripada saluran Youtube Mizan Majid namun sempat dikongsi oleh beberapa akaun media sosial Facebook, Tik Tok dan Instagram.