Laman Utama

"Biar Dibelakangi Beberapa Kali..."- PU Abu Sebak Isteri Pertama Masih Setia Bersamanya, Umum Bakal Timang Anak Ke-3

gempak
Syafiqah Jalal
26/10/2022
22:38 MYT
Sponsor Banner
"Biar Dibelakangi Beberapa Kali..."- PU Abu Sebak Isteri Pertama Masih Setia Bersamanya, Umum Bakal Timang Anak Ke-3
Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan Mokhtar mengimbau kembali pengorbanan dan kesetiaan isteri pertamanya, Ain Afini.
PU Abu bersyukur kerana isterinya itu masih tetap setia bersamanya meskipun mereka pernah bercerai ketika dia berkahwin dengan wanita lain yang pernah menjadi isteri keduanya.
"Moga Allah jaga keluarga kecil kami ini, bila teringat likunya rasa sebak. Lebih2 lagi wanita hebat ada di samping saya ni.
"Sabarnya persis arwah ummi. Wanita biasa mungkin angkat kaki dah, tapi dia masih ada disamping tak kira apa pun. Meredhai segala keputusan si suami.
"Biar dibelakangi berkali-kali, tapi masih tetap menjaga maruah, tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana lelaki.
"Benarlah kata hukama’ ingin mencari isteri solehah, carilah ibu yg terbaik buat anak-anak mu," katanya.
Pendakwah bebas itu berkongsi luahan hatinya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, dia memuat baik foto terbaharu keluarganya iaitu isteri dan dua orang anak.
PU Abu dalam masa yang sama terjuja mengumumkan dia bakal menimang cahaya mata ketiga.
"Insya-Allah next year, Januari 2023 pendatang baru menyelit," umumnya.
Kontroversi rumah tangga PU Abu sebelum ini pernah mendapat perhatian ramai selepas dia menceraikan isterinya dalam kedaaan sedang hamil serta dalam masa yang sama berkahwin dengan isteri kedua, Hana Azraa.
Namun status perkahwinan PU Abu dengan Hana sehingga kini masih belum diketahui selepas isteri keduanya itu ada mencetuskan tanda tannya seolah-olah perkahwinan mereka sudah berakhir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live