gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Bumi Berputar Lebih Laju Selama Tiga Hari
HIBURAN
Raih 100K Tontonan Dalam 2 Hari, Alpha Jumpa Peminat Tanda Terima Kasih
HIBURAN
Ammar Ahyan Ambil Lesen Kereta, Shahida Imbas Perangai Nakal Waktu Kecil - “Paling Susah Gunting Rambut, Meraung Macam Kena Ganyang”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Biarkan Ketawa Orang Pada Iqbal, Anggap Itu Satu Semangat” - Netizen Beri Positive Vibes Sempena Persembahan Ke-2 Iqbal di Big Stage 2022 Malam Ini

Izwan Isa
Izwan Isa
13/02/2022
03:50 MYT
Sponsor Banner
“Biarkan Ketawa Orang Pada Iqbal, Anggap Itu Satu Semangat” - Netizen Beri Positive Vibes Sempena Persembahan Ke-2 Iqbal di Big Stage 2022 Malam Ini
Minggu lalu, penonton dikejutkan dengan pengumuman kemasukan selebriti media sosial kontroversi, Iqbal Zulkefli sebagai peserta ke-12 Big Stage 2022.
Kemasukkan pada malam minggu lalu sekaligus memberikan Iqbal peluang untuk bersaing dengan sebelas peserta lain menerusi lagu Biar Bulan Bicara, nyanyian asal Broery Marantika.
BACA: Big Stage 2022: “Dia Tak Boleh Menyanyi, Tapi Dia Ada…” - Ajai Beri Sebab Bagi 5 Markah Pada Iqbal
Sungguhpun persembahannya menerima markah yang sangat sedikit daripada para juri, namun, Iqbal masih kekal bersama Big Stage 2022 apabila tiada penyingkiran dilakukan pada konsert pertama.
Justeru, Iqbal yang menduduki tangga terendah pada minggu lalu lagi layak untuk bersaing sekali lagi pada minggu ini.
Terbaharu, Iqbal melayangkan rasa terima kasihnya kepada semua yang telah memberikan sokongan. Melihat pada hantaran tersebut, nampaknya Iqbal masih mahu terus berjuang untuk minggu kedua.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata pengikut Iqbal memberikan kata-kata semangat terhadap penyanyi lagu Hujan itu.
BACA: “Sudilah Undi Saya Supaya Masih Boleh Belajar Di Pentas Big Stage…” – Iqbal Kembali Dengan Semangat Baru
“Suka cara Iqbal ni. Sangat hormat orang, tutur katanya pun bersih. Ada sedikit kekurangan tu biasa kerana kita ni manusia yang penuh serba kekurangan. Teruskan apa yang Iqbal usahakan, biarkan ketawa orang pada Iqbal, anggap itu satu semangat bukan menjatuhkan Iqbal.
“Jadilah insan yang humble rendah diri, jangan tinggi diri kelak makan diri. Insya-Allah Iqbal berjaya satu hari nanti. Saya doakan semoga Allah tinggikan darjat Iqbal di dunia dan di akhirat,” tulis seorang wargamaya.
“Suara Iqbal tak la seteruk mana yang orang duk pertikai… minggu pertama kut, bagilah peluang pada Iqbal. Nak kecam pun agak-agak lah,” tulis seorang lagi netizen.
“Apapun yang terjadi, yang penting Iqbal sudah berusaha maksimal. Tetap semangat, terus berusaha untuk membahagiakan diri terlebih dahulu, baru orang lain.
“Jangan dengarkan apalagi dimasukkan ke hati kritikan orang. Kerana tidak semua orang menyukai kita tapi masih banyak orang yg menyayangi Iqbal,” tulis seorang lagi penyokongnya.
BACA: Big Stage 2022: Tiada Penyingkiran! Aisha Retno Kaut Markah Tertinggi 84.4%, Tapi Mana Hilangnya Megat Rahim?
Selain Iqbal, Big Stage 2022 bakal diserikan dengan peserta-peserta seperti Ajoi Zainal, Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia).
Big Stage 2022 bakal bersiaran bermula 6 Februari depan di Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi saluran Astro Ria (104).
Topic Berkaitan
#Big Stage
#BBNU
#Iqbal Zulkefli
#Big Stage 2022
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement