Berita
"Biarlah Dia Pilih Sendiri Jalan Hidupnya" - Betty Rahmat Tiada Rancangan Libatkan Anak Dalam Industri Hiburan
Pelakon Betty Rahmad mengakui buat masa sekarang dia dan suaminya, Ardy Shafiq tidak mempunyai rancangan untuk anak mereka, Ardy Wira Ardy Shafiq terbabit dalam industri hiburan
Menurut Betty, mereka mahu anaknya membuat keputusan sendiri apabila dewasa nanti untuk libatkan diri dalam industri hiburan ataupun tidak.
"Buat masa sekarang ini, saya dan suami tiada perancangan untuk membawa dia masuk ke dunia hiburan.
"Jika boleh, biarlah dia pilih sendiri jalan hidupnya sendiri apabila sudah dewasa nanti.
"Sebagai ibu bapa kami sentiasa menyokong apa sahaja keputusan yang ingin dilakukan olehnya nanti.
"Walaupun makciknya seorang pengarah dan penerbit namun saya memang tak mahu dia terlibat dengan dunia lakonan buat masa sekarang," katanya kepada Gempak.
Betty berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Bugaboo Ant bertempat di The Gardens Kuala Lumpur, pada Rabu.
Betty dan suaminya Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 manakala Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu.
Must-Watch Video