,
Hiburan

Biarlah Masa Yang Menentukan, Kebenaran Akan Muncul Juga Nanti - Aidil Aziz

Rozaimi Zubaidi
30/03/2017
05:40 MYT
Pelakon Aidil Aziz akui masih menunggu hasil keputusan penuh siasatan dakwaan melibatkan dirinya atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 465 gram pada September tahun lalu.
Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 29, berkata, buat masa sekarang dia dinasihatkan untuk tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media kerana enggan menganggu siasatan pihak polis.
"Buat masa sekarang saya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan kerana isu itu masih lagi dalam mahkamah.
"Jadi saya tidak boleh cakap banyak mengenai perkara ini kerana pihak peguam saya telah menasihatkan supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi kepada pihak media kerana mungkin akan menganggu proses siasatan pihak polis.
"Bagi saya biarlah masa yang menentukan segalanya kerana kebenaran itu akan muncul juga cuma ia cepat atau lambat saja.
"Saya percaya kebenaran itu akan muncul juga dan orang ramai akan tahu perkara yang sebenar apabila segala siasatan telah selesai," katanya kepada Astro Gempak.
Aidil berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan jersi pasukan bola sepak MASC yang diadakan di The Garage, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terdahulu, semalam Aidil telah dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dan akan terus berada di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun.
Pelakon itu telah ditahan untuk siasatan bersama dua orang lagi rakannya selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dan memiliki senjata berbahaya.
Aidil ditahan bersama Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 37, dan R. Guevara Cortez, 34, di sebuah kediaman di Jalan Ampang.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
Hiburan

“Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin

gempak
22/10/2024
03:20 MYT
Aktor Fattah Amin memaklumkan dia ada berjumpa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Tak Kisah Suami Jadi Pelakon - “Kalau Dia Minat, Saya Tiada Masalah, Tapi..”

gempak
21/10/2024
12:55 MYT
Pelakon, Ummi Nazeera tidak menolak sekiranya suami, Dr Mohd Izzar Anwari terjun ke bidang industri seni.
BorakSeeni