Penyanyi dan juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah pernah berhasrat untuk menghasilkan sebuah biografi mengenai perjalanan hidupnya namun berasa segan untuk melakukannya.

Menurut Aishah, dia sudah lama mencatat perjalanan hidup dan kariernya dalam sebuah diari dan masih berbuat demikian sehingga kini.

"Saya memang pernah terfikir nak hasilkan biografi tapi saya segan, kadang-kadang terfikir siapa lah saya nak hasilkan biografi.

"Sejak muda lagi, saya memang mencatat kisah hidup dan karier dalam diari saya, saya masih menyimpannya dan masih mencatat perjalanan kehidupan saya sehingga hari ini.

"Saya rasa, eloklah saya simpan diari itu dan biarlah orang rujuk apabila saya tiada nanti, mungkin mereka boleh hasilkan biografi dan sebagainya," kata Aishah kepada Gempak.

Dalam perkembangan lain, Aishah telah tampil dengan single terbaru yang berjudul Malar.

Single ini mengisahkan tentang perjalanan kehidupannya yang diharungi bersama suami, anak-anak dan peminat, ia boleh didapati di semua platform digital muzik seperti itunes, Joox, Spotify dan Deezer