Laman Utama
“Biasa Orang Kata Watak Saya Baik” - Andai Itu Takdirnya! Shukri Yahaya Tak Kisah Dikecam, Siap Harap Ada Hashtag
Pelakon, Shukri Yahaya sudah bersedia terutamanya daripada aspek mental untuk melakonkan wataknya dalam drama baharu berjudul Andai Itu Takdirnya.
Menurut Shukri, perkara itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk memberikan mutu lakonan yang lebih baik.
“Saya suka sebenarnya. Saya sudah jadi biasa bila orang kata watak saya baik, handsome dan comel.
“Saya rindu pula macam ‘kalau aku jumpa… Aku bunuh dia.’ Saya nak rasa yang itu pula dan harapnya akan ada hashtag kecam watak tersebut.
“Jangan risau sebab saya sudah bersedia awal dari segi mental,” katanya.
Selain Shukri, pelakon lain yang membintangi drama tersebut antaranya Hanna Delisha, Idzham Ismail, Puteri Sarah Liyana, Atikah Suhaime, Fahrin Ahmad, Hariz Hamdan dan Dayang Areeda.
Andai Itu Takdirnya akan mula ditayangkan pada 6 Mac depan, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Manakala untuk pilihan yang lebih fleksibel, Andai Itu Takdirnya juga boleh distrim di Astro Go.
Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PREMIUM 1 WhatsApp "NAK ASTRO" ke 03-9543 3838
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video