Berita

"Biasanya Orang Tertinggal Telefon bimbit & Beg Duit, Ini Boleh Pula Tertinggal Anak" - Netizen

gempak
Rozaimi Zubaidi
27/08/2018
04:02 MYT
Sponsor Banner
"Biasanya Orang Tertinggal Telefon bimbit & Beg Duit, Ini Boleh Pula Tertinggal Anak" - Netizen
Baru-baru ini tular di media sosial apabila pasangan suami isteri tertinggal anak mereka selepas menjamu selera di sebuah restoran ikan bakar.
Difahamkan ahli keluarga kanak-kanak itu secara tidak sengaja telah tertinggal kanak-kanak terbabit lalu beredar meninggalkan premis berkenaan.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna telah berkongsi beberapa keping gambar ketika kejadian berlaku sehingga menjadi tular di media sosial.
"Gempar! Dah kenyang makan ikan bakar, keluarga terlupa anak yang tertinggal ketiduran atas meja. "Biasanya orang tertinggal telefon bimbit dan beg duit, sampah sarap, dulang atau bekas makanan. Tetapi kali ini tertinggal anak woii!" tulisnya.
Rata-rata pengguna media sosial berharap agar perkara tersebut dapat menjadi pengajaran kepada semua orang dan ibu bapa lebih berhati-hati selepas ini supaya perkara sama tidak berulang. Menerusi laporan Sinar Harian, bapa kanak-kanak itu yang berusia 39 tahun akhirnya datang dan mengambil anaknya semula setelah hampir dua jam ditinggalkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024