Berita
"Bidadari Peluk Saya & Kata Jangan Sedih Abang, Allah kan Ada" - Ustaz Ebit Liew Pulang Bertemu Keluarga
Tidak dapat dibayangkan betapa penatnya seorang insan yang digelar Ustaz Ebit Liew ini. Walau dihina dan dikecam, dia tetap melakukan apa yang terbaik demi agamanya, Islam.
Pastinya anak-anak dan isteri yang digelarnya bidadari gembira dengan kepulangan ayah dan suami.
Setelah hampir seminggu tidak berkongsi apa-apa di Instagram miliknya, Ustaz Ebit Liew memuat naik video pendek bersama anak-anaknya.
"Setelah berhari tiada dirumah. Perjalanan kali ini terasa sebak. Banyak saya belajar tentang kehidupan dan muhasabah diri dan rindu hadir sampai menangis teresak-esak.
"Rindunya bidadari. Rindu anak-anak. Anugerah Allah dalam hidup. Ayah kenapa menangis. Rindu sangat pada bidadari dan anak ayah. Rindu ayah sangat. Ayah pun rindu anak-anak ayah.
"Ayah nak jadi baby boleh tak? Nak dukung. Seorang lagi ayah nak terbang. Boleh tak ayah?" tulis Ustaz Ebit tentang keriangan anak-anak dapat bertemu dengannya.
Tambah Ustaz Ebit, anak-anaknya berlari-larian untuk memeluknya tanda terlalu rindu.
"Jap ayah mandi bersih-bersih wangi-wangi. Jap-jap yer anakku. Mana pun kita pergi dalam dunia dan apa orang kata, pelukan bidadari dan anak-anak mengubati segalanya. Nikmat dari Allah.
"Berebut-rebut semua nak cium ayah dia. Nak peluk semua sekali. Rumahku syurgaku.
"Bidadari saya walau penat peluk saya dan kata jangan sedih abang, Allah kan ada. Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua. Nanti kita menangis sama-sama dalam doa," tulis Ustaz Ebit tanda gembira bertemu keluarganya.
Video yang dimuat naik di Instagramnya itu mendapat hampir satu juta tontonan dalam tempoh sehari sahaja.
Minggu ini Ustaz Ebit Liew dikecam teruk segelintir netizen apabila dia membantu sebuah keluarga di Alor Star, Kedah.
Must-Watch Video