Laman Utama

Big Stage 2022: Ini Sebab Kenapa Iqbal Balik Awal, Tak Sertai Sidang Media & Daniel Chuer Tak Buat Persembahan Semalam…

Izwan Isa
14/02/2022
04:50 MYT
Pada kebiasaannya, sebaik sahaja selesai sebarang program yang melibatkan proses penyingkiran, peserta yang telah tersingkir pasti akan masuk ke bilik sidang media untuk ditemu bual oleh wartawan.
Namun, lain pula kisahnya dengan Iqbal Zulkelfi. Ketika mengikuti sesi sidang media Big Stage 2022 minggu kedua, kelibatnya tidak kelihatan. Bahkan, usaha untuk menghubunginya untuk meminta komen mengenai penyingkiran juga gagal.
BACA: Big Stage 2022: Iqbal Akhirnya Tersingkir Dengan Markah 9.2%, Elica Paujin Naik Ke Tangga #1
Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, ketiadaan Iqbal pada sesi sidang media adalah disebabkan oleh keadaan kesihatan penyanyi itu yang tidak berapa baik.
“Tadi saya diberitahu oleh pihak produksi yang Iqbal mengadu tidak sihat sebaik sahaja sesi penyingkiran dilakukan. Jadi, disebabkan hal itu, dia terus dibawa balik.
“Saya juga tidak sempat berbual dengan pihak produksi dan bertanya dengan lebih lanjut mengenai hal ini. Saya akan membuat panggilan dan bertanyakan lanjut mengenai keadaan Iqbal.
“Saya mohon maaf atas segala kesulitan,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Norzeha turut mengulas mengenai ketiadaan Daniel Chuer pada malam semalam.
BACA: Big Stage 2022: Iqbal Dah Terkeluar, Ajai & Siti Nasihat Peserta Yang Tinggal Untuk Out All
“Daniel turut mengalami masalah kesihatan dan tidak diizinkan oleh doktor untuk membuat persembahan. Jadi kita terpaksa akur kerana kita juga tidak tahu keadaannya setakat ini. Seandainya dia dalam proses kuarantin, kita tidak mahu merisikokan orang lain.
“Kita juga tidak dapat pengesahan yang dia dikuarantin kerana COVID-19 atau sebab apa. Kita cuma diberitahu dia tidak sihat. Kalau dia tak sihat, memang kita tidak boleh bagi masuk, sama juga dengan penonton kalau ada yang menunjukkan gejala seperti demam dan selesema,” katanya lagi.
Terdahulu, Iqbal diumumkan sebagai peserta pertama yang disingkirkan daripada Big Stage 2022.
11 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla dan Ajoi Zainal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Iqbal Zulkefli Takkan Pulangkan Anak Angkat Kepada Keluarga Kandung - "Tapi Saya Takkan Pisahkan..."

gempak
10/05/2024
08:30 MYT
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli bertegas untuk tidak akan memulangkan anak angkat yang dijaganya, Ahmad Ziyad kepada keluarga kandungnya.
Hiburan

"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini

gempak
27/04/2024
07:50 MYT
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Viral

Polemik Dengan Bekas Isteri Masih Membara, Adik Iqbal Zulkefli Mohon Doa Dari Netizen

gempak
22/04/2024
07:55 MYT
Weldan Zulkefli memohon bantuan doa daripada netizen susulan polemik yang melanda dia dan bekas isteri.
Hiburan

Mahu Rakam Lagu Raya Tapi Bajet Cuma RM200,000, Iqbal Harap Tak Ada Komposer Ambil Kesempatan

gempak
19/02/2024
08:50 MYT
Iqbal teringin nak ada lagu raya.
Hiburan

[VIDEO]: Kos Sekitar RM20,000, Iqbal Tunjuk Proses Telan Belon Untuk Kurus - “15 Hari Tanpa Makanan Pepejal”

gempak
19/01/2024
06:55 MYT
Nervous tengok Iqbal buat prosedur belon ni.