Penyanyi dan komposer popular Ajai diumumkan sebagai juri tetap Big Stage 5 yang akan menemani Aina Abdul sepanjang 10 minggu.

Ajai masih duduk di kerusi juri tetap sepertimana tahun-tahun terdahulu.

Pada minggu pertama, penyanyi Lah Ahmad diundang sebagai juri jemputan.

Manakala, pelakon jelita Nora Danish duduk di kerusi Presiden Netizen menggantikan usahawan Datuk Seri Vida.

Sorakan penonton kedengaran sebaik sahaja Nora muncul dan melambaikan tangan sambil tersenyum.

“Kalau siapa-siapa nak Nora baca Tweet korang, sila Tweet laju-laju tau,” katanya sambil tersenyum.

Nora juga tidak ketinggalan membuat sedikit tarian TikTok bersama hos, Rina Nose dan juga Kak Lina Pom Pom.

Gelagat mereka itu juga mengundang tawa penonton yang berada di aiditorium MBSA, Shah Alam.

Dalam pada itu, Big Stage 5 juga telah menjadi trending selepas persembahan pertama yang dimulakan dengan Meernash.

Jadi jangan lupa saksikan Big Stage 5, setiap Ahad bersiaran langsung selama 10 minggu di Auditorium MBSA, Shah Alam.