Bintang Big Stage 5, Putera Muhammad bersyukur dapat meloloskan diri ke peringkat akhir program berkenaan.

Menurut Putera, sebagai seorang yang telah berjuang selama sembilan minggu, sudah pastu dia memasang impian untuk menjadi juara.

“Alhamdulillah rezeki, saya juga tidak sangka dapat masuk ke final. Saya berjanji akan memberikan persembahan terbaik.

“Memang saya menyimpan hasrat untuk menjadi juara, fokus saya sekarang ini semua gelap, hanya nampak juara sahaja,” katanya ketika ditemui Gempak.

Mengulas mengenai pesaing di dalam Big Stage 5, Putera mengakui kesemua bintang mempunyai bakat yang hebat.

“Memang semua bintang sangat bagus dan saya akui perkara itu. Sebagai contoh Aufa dan Puteri, daripada bawah, pernah bottom three jadi mereka bukti kan kehebatan mereka.

“Mereka mendapat markah tinggi, lagi tinggi daripada saya. Walaupun kami bersaing tapi saya gembira untuk mereka.

“Sebab kita dapat tengok kawan-kawan menjadi lebih baik. Saya harap kami semua dapat membuat persembahan yang sempurna, saya tak akan kasi chance dah,” ujarnya

BACA: #BIGSTAGE5: Firdaus Rahmat & Dem Lepak Boyz Tersingkir, Tiada Rezeki Masuk Final

BACA: #BIGSTAGE5: “Putera Lebih Layak…” - Tiada Istilah Iri Hati, Firdaus Rahmat Doakan Putera Muhammad

BACA: #BIGSTAGE5: Nadeera, Waode & Hoondoo Memang Sengit! Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri

Terdahulu, Firdaus Rahmat berada di tangga tiga terbawah bersama Dem Lepak Boyz dan Putera Muhammad untuk minggu separuh akhir.

Selain Firdaus, peserta yang turut meninggalkan program hiburan tersebut adalah peserta duo, Dem Lepak Boyz.

Terdahulu, Isaac Voo, Naufal Azrin, Meer Nash, Farhan Shah dan Coex merupakan bintang yang tersingkir di konsert Big Stage 5.

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan akan membantu setiap minggu.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).