,
Berita

Bijaknya! Pelajar Malaysia Tajaan JPA Terima Pengiktirafan Tertinggi di Pennsylvania State University

Kamaruddin Razal
08/05/2019
22:50 MYT
Seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.
JPA dalam satu kenyataan berkata, Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani, Kedah, telah dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences', di Pegula Ice Arena pada 3 Mei.
"Beliau merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah itu dengan skor penuh Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0," katanya. JPA berkata wakil Pennsylvania State University telah memuji Muhamad Saiful Hakimi atas pencapaian akademiknya, serta kemahiran kepimpinan yang tinggi.
Muhamad Saiful Hakimi kini mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor in Energy Business and Finance di Pennsylvania State University.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gara-Gara Paip Pecah, Letusan Najis Manusia Setinggi 10 Meter Hujani Kenderaan

gempak
27/09/2024
04:25 MYT
Sebatang paip tangki septik pecah di jalan raya yang sedang dalam pembinaan di Guangxi, China menyebabkan letusan setinggi lebih 10 meter.
Berita

Tekan Dada Murid Guna Lutut, Guru Pusat Pendidikan GISB Dipenjara 10 Tahun

gempak
26/09/2024
05:22 MYT
Tindakan seorang guru menekan dada murid menggunakan lutut dan merotan tiga kanak-kanak di sebuah pusat pendidikan dan kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen pada Khamis, menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun.
Berita

Lebih Tua Daripada Bapa Mentua, Lelaki Kahwini Wanita Beza Umur 30 Tahun Tarik Perhatian Netizen

gempak
26/09/2024
02:25 MYT
Seorang lelaki berusia 59 tahun melangsungkan perkahwinan dengan gadis berumur 26 tahun, sekali gus menjadi perhatian pengguna media sosial, lapor laman berita Tribunnews.
Berita

Gara-Gara Kencing Dalam Plastik, Peniaga Buah Ditahan Polis

gempak
26/09/2024
01:25 MYT
Seorang penjual buah di Dombivli, Maharashtra ditahan selepas membuang air kecil di dalam plastik dan berniaga tanpa menghiraukan kebersihan yang sewajarnya, lapor stesen penyiaran NDTV.
Berita

Lubang Sedalam Satu Meter Dikesan Di Kompleks Bunga Raya KLIA

gempak
25/09/2024
07:24 MYT
Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada pagi Rabu.
BorakSeeni