Aktor Sharnaaz Ahmad berkongsi sebuah video tindak balas anaknya, Jebat Jaydeen, 2, yang girang ketawa apabila mendengar suaranya menyanyi.

Menerusi laman sosial Instagram, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.

“You will always be my hero @jebatjayden. Bila baba down dan stress, you will always refuel my soul with happiness. Ba sayang cheq.

You will always be my Hero @jebatjayden Bila baba down and stress, you will always refuel my soul with happiness.. ba syg cheq.. Dia nak menyanyi, tapi bila aku nyanyi, dia naik geram.. ? suara aku memang sedap.. jebat pun suka ?

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on


“Dia nak menyanyi, tapi bila aku menyanyi, dia naik geram. Suara aku memang sedap, Jebat pun suka,” tulis Sharnaaz menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi satu minit itu, Jebat dilihat suka setiap kali bapanya menyanyi.

Video tersebut turut mendapat perhatian ibu Jebat, Noor Nabila yang turut meninggalkan komen berbaur usikan.

“Suara baba sedap la. Sengau sengau kalau nyanyi hahaha,” tulis Nabila.

Malah, ramai juga wargamaya yang turut terhibur melihat aksi ketawa Jebat tersebut.

“Aku pun hilang stress tengok Jebat,” tulis seorang wargamaya.

“Seronok bila tengok hero kita happy. Bila kita penat kerja, bila dapat spent quality time even sat pun bila tengok hero kita happy, hilang rasa penat,” luah seorang wargamaya.

“Pembakar semangat baba dia,” sokong seorang wargamaya.

“Eee geramnya tengok Jebat ni, cute sangat kenapa,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan daripada warga Instagram.

Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor.

Pasangan ini kemudian bercerai secara hakam pada 9 Julai lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden.