Tidak, saya tidak mahu bincangkan tentang perbalahan mereka. Saya cuma mahu tegaskan dalam apa jua keadaan sama ada marah, geram, bergurau atau sebagainya, tidak sepatutnya mana-mana penyanyi lama dipanggil artis sendu, apatah lagi kalau ditujukan kepada penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin, atau Aishah ini.
Perkataan ‘artis sendu’ itu sendiri membawa maksud penghinaan. Bagilah apa alasan sekalipun, tanyalah sesiapa sekalipun, sememangnya apabila ayat ‘artis sendu’ itu digunakan adalah ketika untuk menunjukkan betapa artis itu tidak laku, tidak ada peminat, tidak patut ada dalam industri, tidak meninggalkan kesan dalam industri atau apa jua yang sama negatif maknanya. Ya, ayat ‘artis sendu’ itu ayat menghina.
Jangan hidup di bawah tempurung! Aishah bersama kumpulannya, Aishah and The Fan Club merupakan penyanyi Malaysia pertama yang tersenarai dalam carta Billboard 100 dengan lagu Don’t Let Me Fall Alone. Tidak ada penyanyi Malaysia sebelum itu yang pernah meletakkan lagu mereka di carta Billboard. Saya ulang, Aishah merupakan penyanyi wanita pertama daripada Malaysia!
Malah kumpulan mereka pernah memenangi anugerah The International Artist of The Year di Anugerah Muzik New Zealand.
Itu baru cerita di New Zealand tempat Aishah menyambung belajar. Tempat mula dia dikenali. Bayangkan ketika itu ramai mat saleh menyangka beliau berasal daripada Filipina, tetapi Aishah meletakkan nama Malaysia di atas paksi seni dunia nyanyian.
Kembali ke Malaysia dan fast forward hingga ke hari ini, Aishah sudah ada sebelas buah album. Sebelas! Penyanyi sendu kah yang mempunyai sebelas buah album? Dengan puluhan lagu hit seperti Janji Manismu, Camar Yang Pulang, Cinta Beralih Arah, Selanjur Bercinta, Kemaafan Dendam Yang Terindah, and the list goes on and on and on. Itu baru lagu pop. Lagu raya seperti Pulanglah dan Setitis Cahaya Di Aidil Fitri sudah menjadi evergreen dan wajib ada setiap kali hari raya menjelang tiba. Lagu patriotik Bahtera Merdeka (nyanyian asal Allahyarham Dato Ahmad Jais) menjadi semakin terkenal apabila dinyanyikan semula oleh Aishah.
Kalau nak bercerita pencapaian Aishah di bidang nyanyian, mungkin dua tiga hari saya harus menulis. Keputusan untuk behenti menyanyi dan menyertai bidang politik adalah keputusan Aishah. Apa juga keputusan beliau ketika itu tidak menjadikan beliau ‘artis sendu’. Kembalinya beliau dalam bidang seni juga keputusan beliau. Berehat seketika daripada nyanyian juga tidak menjadikan dia ‘artis sendu’.
Saya harap ianya tidak menjadi kudis pada Aishah. Jangan biarkan kata nista mengganggu hidup Aishah. Saya tahu, sebagai manusia hati tetap akan terguris.
But seriously, I cannot brain perkataan ‘artis sendu’ itu boleh keluar daripada mulut seorang yang menyanyi pun terpaksa di auto tune! Grow up please!
Jumpa lagi!
Bila Badrul Bicara
Kredit Gambar: Instagram @fathil_hidayat dan @aishahjmm
Badrul Hashim
Wed Oct 10 2018
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.