Viral
“Bila Berdiri Di Sini, Saya Dapat Rasa...” – Dr Noor Hisham Kunjungi Mural Gergasi
Semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berpeluang mengunjungi Taman Cahaya Alam Seksyen U12, Shah Alam untuk melihat sendiri mural potret gergasi dihasilkan pelukis muda kelahiran Terengganu.
Pelukis tersebut ialah Suhaimi Ali yang dibantu dua lagi sahabatnya, Muhamad Firdaus Nordin dan Abdul Hadi Ramli.
Dr Noor Hisham berkongsi momen berdiri disisi potret gergasi dirinya menerusi laman sosial Facebook (FB) dan Twitter.
“Pagi ini (Sabtu) saya berada di sini (U12 Shah Alam) dan saya dapat rasa semangat patriotik yang kuat rakyat Malaysia,” tulisnya.
Selain itu, Dr Noor Hisham turut mengucapkan terima kasih kepada pelukis berbakat yang memiliki kemahiran luar biasa tersebut.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pelukis berbakat ini dan saya menghargai bakat seni luar biasa kalian.
"Ini membuktikan yang setiap orang mempunyai peranan masing-masing ketika krisis pandemik dan menyahut cabaran dengan lukisan mural yang sangat hebat ini,” katanya.
Selain portret Dr Noor Hisham, mural gergasi berkenaan turut menampilkan beberapa wajah lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah serta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mural tiga ‘hero’ negara itu dilukis bertujuan sebgai tanda menghargai jasa dan keprihatinan mereka sebagai wira negara dalam menghadapi pandemik COVID-19.
Sedikit latar belakang mengenai pelukis, Suhaimi Ali merupakan anak kelahiran Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu yang kini menetap di Shah Alam.
Pelajar berkelulusan Seni Lukis Dan Seni Seni Reka, Universiti Teknologi Malaysia (UITM) Shah Alam ini sudah menghasilkan banyak kerya mengikut situasi semasa.
Syabas Suhaimi!
Must-Watch Video