Skip to main content

Selebriti

Tak Mudah Bawa Watak Cacat Penglihatan, Hawa Rizwana Siap Berlatih Pejam Mata Sebelum Penggambaran - “Berjalan Pegang Tongkat…”

Tak Mudah Bawa Watak Cacat Penglihatan, Hawa Rizwana Siap Berlatih Pejam Mata Sebelum Penggambaran - “Berjalan Pegang Tongkat…”

Sekilas

  • Hawa Rizwana berkongsi cabaran membawa watak Zara, seorang anak yatim dan cacat penglihatan, dalam drama PL, I Love You.
  • Hawa melakukan latihan memejam mata dan menggunakan tongkat untuk memastikan lakonannya nampak realistik dan konsisten.
  • Drama romantik komedi ini mengisahkan konflik percintaan antara penyokong tegar Arsenal dan Chelsea, dengan elemen amnesia sebagai plot utama.
Advertisement

Pengacara dan pelakon, Hawa Rizwana mengakui watak Zara dalam drama PL, I Love You memberi cabaran tersendiri buat dirinya.

Menurut Hawa, watak Zara merupakan seorang seorang anak yatim piatu dan orang kelainan upaya (cacat penglihatan).

Advertisement

“Salah satu cabaran yang perlu membuat saya kekal konsisten dengan watak cacat penglihatan adalah babak saya menonton perlawanan Arsenal.

“Namun dalam masa yang sama saya perlu menjaga ‘mata’ supaya semuanya kelihatan nyata,” ujarnya.

Tambah Hawa lagi, watak itu juga memerlukan dia membiasakan diri dengan memejam mata sebelum penggambaran berlangsung.

Advertisement

“Jadi biasanya sebelum masuk penggambaran, saya akan lakukan latihan pejam mata dan berjalan pegang tongkat sambil pejam mata supaya semuanya tidak kekok dan nampak sempurna,” katanya.

Hawa juga memaklumkan dia menerima bimbingan daripada pembimbing lakonan, Khairunazwan Rodzy, pengarah, Michael Ang dan Hadith.

Selain Hawa, PL, I Love You juga turut dibintangi oleh Intan Serah, Kamal Adli, Theebaan G, Evertts Gomes, Nina Jasmin dan Sean Lee.

Saksikan PL, I Love You setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam di Astro Ria dan sooka.

Sinopsis:

Apa yang berlaku apabila seorang penyokong tegar Arsenal cuba mengubah bekas teman lelakinya yang begitu setia kepada Chelsea?

Lebih menarik, lelaki itu bukan sahaja enggan menukar kesetiaan kepada kelab bola sepakkegemarannya, malah mengalami amnesia.

Itu antara konflik yang diketengahkan menerusi drama romantik komedi PL, I Love You, arahan terkini pengarah Michael Ang.

Drama lapan episod berdurasi sejam itu mengangkat kisah percintaan yang diselangi perseteruan dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Chelsea.

Lily yang dijayakan Intan Serah merupakan seorang peguam dan penyokong tegar Arsenal yang masih berpegang kepada impian arwah bapanya supaya dia berkahwin dengan seorang lelaki yang juga penyokong The Gunners.

Namun, pilihan hatinya, Adam (Kamal Adli), bukan sahaja penyokong setia Chelsea, malah mempunyai sejarah peribadi yang membuatkan dia begitu membenci Arsenal.

Adam yang merupakan pemilik bengkel kereta kemudiannya berdepan satu kejadian yang mengubah kehidupannya apabila dia tergelincir lalu jatuh dan mengalami kehilangan ingatan.

Anda mungkin berminat dengan

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Must Watch Video

Advertisement