Laman Utama

“Bila Hubungan Dah Halal, Memang Seronok” - Nana Sheme Anggap Masih Berbulan Madu Bersama Suami

gempak
Asyikin Mayudin
19/08/2023
05:48 MYT
Sponsor Banner
“Bila Hubungan Dah Halal, Memang Seronok” - Nana Sheme Anggap Masih Berbulan Madu Bersama Suami
Hampir setahun bergelar isteri, penyanyi Nana Sheme mengakui kehidupan berumah tangga memberikannya satu pengalaman yang berbeza selain menyeronokkan.
Masih menganggap dalam fasa berbulan madu, Nana bersyukur apabila suaminya iaitu Zikri Zakaria juga bekerja dalam industri seni dan banyak membantunya serta memberi galakan kepadanya.
"Alhamdulillah kehidupan selepas berkahwin memberikan saya satu pengalaman yang lain. Orang kata dalam fasa sedang berbulan madu. Oktober ini genap setahun bergelar isteri.
“Bila hubungan dah halal ini, memang seronok. Dari segi tanggungjawab pun tiada yang berubah ketara sangat. Sebab kalau nak cakap soal masak, saya memang suka memasak dari dulu.
“Suami saya pun bekerja dalam industri seni, malah dia banyak tolong dan galakkan saya untuk kembangkan bakat dan minat. Saya lihat selepas berkahwin ini rezeki alhamdulillah melimpah ruah," katanya.
Nana berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan drama One Million Dollar Voices yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mahu memastikan ekonomi dalam keadaan kukuh dan stabil, Nana dan suami belum bersedia untuk menerima kehadiran zuriat buat masa kini.
"Ramai yang kata saya nampak berisi, tapi sebenarnya saya kuat makan. Bercakap soal zuriat ini saya masih gembira untuk berdua.
"Bukan menolak untuk menimang cahaya mata, tapi mengikut perancangan kami mungkin lagi tiga tahun. Fokus pada kerjaya dulu.
"Saya bekerja freelance, jadi pada saya kestabilan ekonomi terutama kewangan sangat penting. Sebab lain orang lain keutamaan.
"Untuk saya sendiri sudah pasti mahu berikan yang terbaik dan keselesaan untuk anak-anak saya nanti," katanya.
Untuk info, Nana selemat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya iaitu Zikri Zakaria pada 22 Oktober tahun lalu.
BACA SINI: “Saya Masih Kekok Sebab Nak Pegang-Pegang Suami…”- Nana Sheme
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024