Laman Utama

“Bila Ingat Balik Memang Nak Mengalir Air Mata…”- Nabila Razali Dedah Kisah Putus Cinta Dengan…

gempak
Syafiqah Jalal
17/03/2022
12:41 MYT
Sponsor Banner
“Bila Ingat Balik Memang Nak Mengalir Air Mata…”- Nabila Razali Dedah Kisah Putus Cinta Dengan…
Penyanyi Nabila Razali akui pernah melalui satu episod paling tragis dalam hidupnya apabila ditinggalkan kekasih tanpa khabar berita.
Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, memberitahu pengalaman putus cinta itu membuatkannya masih ‘terluka’ apabila mengingatkannya kembali.
“Kisah putus cinta ini berlaku masa sebelum saya jadi artis lagi. Saya ada menjalinkan hubungan dengan seseorang…ia tak lama dalam setahun.
“Namun saya kecewa kerana ditinggalkan tanpa khabar berita dengan agak lama sehingga membuatkan saya ketika itu tertanya-tanya sama ada hubungan kami masih berterusan atau tidak.
“Rupanya punca ia putus kerana orang ketiga. Bila ingat kembali memang nak mengalir air mata,” katanya kepada Astro Gempak.
Nabila ditemui ketika pelancaran novel pertamanya berjudul Kerana Cinta Itu Ada di kedai buku Bookxcess, MyTown, semalam.
Meskipun kini masing-masing membawa haluan masing-masing namun Nabila akui dia masih tidak boleh melupakan pengalaman cinta yang ‘menyakitkan’ itu.
“Tapi ia sudah berlalu dan masing-masing sudah pun membawa haluan sendiri. Saya pun sudah ‘move on’.
“Sekarang ini luka mungkin sudah sembuh, namun parutnya masih ada. Tapi saya tidak pun menyimpan rasa dendam, cuma saya masih tidak boleh ‘duduk semeja’ lagi dengan si dia,” katanya.
Biarpun ia sudah lama berlalu, Nabila masih lagi tidak memikirkan soal cinta kerana mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjaya seni.
“Sekarang ini saya hanya fokus pada kerjaya. Banyak perkara yang ingin saya uruskan selain daripada memikirkan tentang cinta,” tegasnya.
Nabila melancarkan buku Kerana Cinta Itu Ada yang ditulis oleh novelis popular Sophilea sebagai meneruskan kesinambungan lagu Putus ciptaannya sebelum ini.
Penyanyi yang popular dengan lagu Peluang Kedua itu mendedahkan hampir 50 peratus kisah dari novel itu merupakan kisah dari pengalaman cinta sebenarnya.
“Idea terbitkan novel ini terdetik selepas kita terfikir apa merchandise atau hadiah yang ingin kita berikan kepada peminat atas tanda penghargaan mereka menyokong kerjaya saya. Selalunya baju T-Shirt atau sebagainya sahaja kali ini tampil dengan kelainan iaitu novel.
“Novel Kerana Cinta Itu Ada dihasilkan daripada idea asal oleh saya sendiri. Saya guna pengalaman sendiri dan tidak mencipta idea baharu yang tidak saya alami.
“Boleh dikatakan 50 peratus cerita dalam novel ini adalah kisah benar yang berlaku dalam kisah percintaan saya,” beritahunya.
Selain novel, Nabila juga merancang untuk mengadaptasikan karya tersebut kepada sebuah drama selepas ini. Novel Kerana Cinta Itu Ada diedarkan oleh Mask Team dan boleh didapati secara dalam talian bermula 14 Mac dengan harga RM35 bagi Semenanjung Malaysia, manakala RM38 di Sabah dan Sarawak.
Novel ini juga bakal berada di kedai buku seluruh Malaysia dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live