Pelakon Janna Nick berkongsi sebuah video gembira ketika bercuti di luar negara bersama kekasihnya, Dini Schatzmann baru-baru ini.

Dalam video yang dikongsi di Instagram itu, Janna dan Dini kelihatan menari ceria berdua di beberapa lokasi menarik.

"My best travel buddy," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

A post shared by Janna Nick (@jannanick)


Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza. Ramai yang tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan pelakon itu.

Namun, ada juga yang seakan tertanya-tanya sama ada Janna dan Dini tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.

"Seronoknya travel merata berdua, bersemut handphone," tulis netizen.

"Bilik asing-asing ke?" soal pengguna Instagram yang lain.

"Kehulu kehilir, mampu menikah tapi tak menikah, Allahu hati-hati jangan sampai Allah murka," tulis seorang lagi netizen.

"Tidur sekali ke pergi travel? Ke bilik asing-asing?" tulis netizen lain.

"Bilik mesti asing-asing kan," tulis yang lainnya.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama @kissyanick tampil membalas beberapa komen.

Menurutnya, kunjungan Janna dan Dini seperti yang dilihat ramai itu turut disertai pasukan produksi sekitar 16 orang.









Malah menerusi tinjauan Gempak juga, Janna ada memaklumkan dia akan ke luar negara atas tujuan kerja pada 14 Disember lalu.



Apapun, kita tidak seharusnya menilai seseorang daripada luaran ataupun perkongsian di media sosial semata-mata, kerana apa yang dipaparkan bukanlah keseluruhan tentang kehidupan mereka.