Hollywood

Billie Eilish Dedah Kena ‘Ghosting’: “Dia Tidak Pernah Hubungi Saya Lagi, Adakah Dia Sudah Mati?”

gempak
Maliah Surip
11/06/2024
12:50 MYT
Sponsor Banner
Billie Eilish Dedah Kena ‘Ghosting’: “Dia Tidak Pernah Hubungi Saya Lagi, Adakah Dia Sudah Mati?”
Billie Eilish mungkin popular dan sebagai selebriti, ramai yang ingin menjadi teman istimewa penyanyi tersebut.
Namun, walaupun terkenal dan digilai peminat itu tidak menjadi ‘lesen’ buat penyanyi tersebut terlepas daripada kecundang dalam percintaan.
Buktinya, Eilish, 22, mengakui telah melalui detik dirinya ditinggalkan tanpa khabar berita dan orang yang dianggap istimewa memutuskan komunikasi atau istilah popularnya, ‘ghosting’.
“Saya kena ghosting (ditinggalkan) pada tahun lalu. Saya tidak percaya dan itu gila,” akuinya, lapor BBC.
Pengakuan tersebut dibuat sewaktu Eilish menjadi tetamu podcast Miss Me?, baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Barisan Selebriti Ini Mengenakan Pin Merah Ketika Menghadiri Oscar, Simbolik Desakan Gencatan Senjata Di Gaza

BERITA TRENDING: Cover Lagu Billie Eilish Dapat Tontonan Lebih 2.4 Juta, Eddy Sophian Berkobar-Kobar Kembang Bakat Menyanyi! - "Saya Tersenarai Finalis ..."

BERITA TRENDING: Ketagihan Pornografi, Billie Eilish Akui Otaknya Rosak

BERITA TRENDING: Billie Eilish Tak Faham Kenapa Kena 'Cancel' Lepas Ubah Penampilan

BERITA TRENDING: Billie Eilish Bercinta Dengan Lelaki 11 Tahun Tua Darinya

Pelantun The What Was I Made For itu mengatakan telah ditinggalkan tanpa sebab oleh seseorang yang ‘menuju hubungan romantik’ dengannya pada Disember lalu.
Menurut Eilish dia telah berhubungan dengan seseorang hampir setahun dan telah melalui proses berkenalan serta berhubungan menerusi telefon.
Mereka akhirnya berjanji untuk bertemu. Namun selepas berjanji untuk bertemu, seseorang itu tidak pernah muncul.
“Kami buat rancangan untuk bertemu di satu tempat. Pukul 3 petang. Namun sejak itu dia tidak pernah muncul.
“Saya tidak percaya. Dia senyap begitu sahaja. Sehingga hari ini dia tidak pernah menghubungi saya lagi.
“Dia membuatkan saya berfikir ‘adakah anda telah mati’? Benar-benar mati?”,katanya.
Pemenang Grammy itu kemudian mengaku sukar menjalin dan mengekalkan hubungan asmara sejak dirinya menjadi terkenal seawal usia 14 tahun.
“Dan saya memang tidak sangka masih ada lagi orang yang melakukan hal seumpama ini (menghilang),” katanya.

BERITA TRENDING: Ramai Cuma Tengok ‘Ikan Bilis’, Peminat Jual Udara Konsert Billie Eilish RM48,000?

BERITA TRENDING: Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Rugi Lima Tiket Bernilai RM2,540 - “Memang Allah Tak Izin..”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024