Laman Utama

Bintang Porno Nikah Dengan Kru Sendiri Di Balai Polis

gempak
Maliah Surip
03/10/2023
12:42 MYT
Sponsor Banner
Bintang Porno Nikah Dengan Kru Sendiri Di Balai Polis
Seorang bintang porno dan kru dari filem yang sama menikah di sebuah balai polis selepas ditahan pihak berkuasa kerana melakukan aktiviti haram tersebut.
Wanita yang hanya dikenali sebagai SE (27) dan lelaki, AT (30), seorang jurutera bunyi sah menjadi suami isteri selepas bernikah di pejabat Polda Metro Jaya dengan dihadiri 5 orang saksi yang terdiri daripada wali, ibu pengantin perempuan dan lelaki.
SE dan AT ditahan pihak berkuasa selepas jenayah menggarap filem porno bersama beberapa yang lainnya dibongkar baru-baru ini.
Pasangan tersebut dikatakan sudah lama bercinta dan memang merancang untuk berkahwin sebelum ditangkap.
“Walaupun mereka ditahan, kami tidak boleh menafikan hak mereka seperti ingin berkahwin asalkan ia tidak menganggu siasatan yang dijalankan,” kata wakil pihak berkuasa seperti dilaporkan Detik.com.
SE adalah salah seorang pelakon wanita dalam filem porno yang ditahan baru-baru ini antaranya bersama suami dan pengarah.
Diketahui aktiviti haram mereka sudah berjalan sejak tahun 2022 dengan menghasilkan sekitar 120 buah filem porno.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024