Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bintang YouTube Motosikal Wanita Tercantik Maut Kemalangan

Maliah Surip
28/07/2024 15:52 MYT
Seorang YouTuber wanita yang digelar penunggang motosikal paling cantik di internet maut dalam sebuah kemalangan jalan raya di Turkiye.

Tatyana Ozolina yang juga dikenali sebagai MotoTanya menemui ajal pada usia 38 tahun selepas gagal mengawal motosikal yang ditunggang sewaktu menyusuri jalan dari Mugla ke Bodrum di Turkiye.

BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Anya Taylor-Joy Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia

Mendiang diketahui menunggang motosikal jenis BMW S1000RR 2015 sewaktu kemalangan terjadi.

Ozolina yang meninggal dunia di tempat kejadian didakwa terbabas sebelum berlanggar dengan motosikal lain, lapor The Mirror.

Wanita tersebut meraih populariti di platform media sosial selepas kerap berkongsi aktiviti kembara dengan motosikal berkuasa tinggi.

Dia memiliki seramai lima juta pengikut Di TikTok, dua juga pengguna di YouTube dan jutaan lainnya di Instagram.

BERITA TRENDING: Gadis Russia Ini Tidak Kisah Kahwin Lelaki Gaji RM2,300

BERITA TRENDING: Masjid Hagia Sophia Dibersih Dengan Air Mawar & Gemerlapan Sempena Ramadan

BERITA TRENDING: Kongsi Foto Sotong Jadi Punca Peserta Ratu Cantik Ecuador Mati Ditembak

#Viral #Kemalangan #Cantik #Youtuber #Maut #Motosikal #Nahas #Tatyana Ozolina