Laman Utama

Masjid Hagia Sophia Dibersih Dengan Air Mawar & Gemerlapan Sempena Ramadan

gempak
Maliah Surip
23/03/2023
09:50 MYT
Sponsor Banner
Masjid Hagia Sophia Dibersih Dengan Air Mawar & Gemerlapan Sempena Ramadan
Bulan mulia Ramadan disambut penuh gembira oleh umat Islam di seluruh dunia.
Salah satu tempat yang akan dikunjungi untuk melakukan ibadat termasuk solat terawih adalah majsid. Demi memuliakan bulan Ramadan dan menyambut kehadiran jemaah, masjid terkenal dunia, Masjid Besar Hagia Sophia yang terletak di Istanbul, Turkiye telah dihias dengan cantik.
Video yang menunjukkan pemandangan masjid dihias cantik dengan gemerlapan lampu telah dikongsikan oleh salah seorang Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya di Twitter.
“Kami gembira menyambut kembalinya Ramadan bulan mulia. Hagia Sophia akan diterangi dengan La Ilahe Illallah tahun ini. Selamat datang Ramadan,” cuitnya.
Sebelumnya, pasukan Direktorat Perlindungan dan Kawalan Alam Sekitar Perbandaran Fatih, membersihkan bahagian dalam masjid berkenaan dengan air mawar.
Ritual membersih menggunakan air mawar adalah satu proses tradisional.
Terdahulu Hagia Sophia yang pernah digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium dan kembali status menjadi masjid pada tahun 2020.
Tahun lalu menjadi tahun pertama Hagia Sophia menerima jemaah di bulan Ramadan selepas 88 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024