Kumpulan popular K-Pop, Blackpink akan muncul dalam program variasi popular Running Man tidak lama lagi.

Memetik laporan Soompi pada 6 Oktober 2020, pihak pengurusan Blackpink, YG Entertainment telah mengesahkan keempat-empat anggota kumpulan itu akan muncul dalam Running Man.

Namun, tarikh tayangan musim terbaru program tersebut masih belum diumumkan.

Terdahulu, Blackpink pernah muncul dalam Running Man pada Disember 2016.

Dalam perkembangan lain, Blackpink kini tampil dengan album penuh mereka, The Album yang dilancarkan baru-baru ini.

Album tersebut telah meraih 590,000 jualan hanya dalam masa sehari selepas album tersebut dilancarkan secara fizikal pada 6 Oktober baru-baru ini.

Sumber : soompi.com
Kredit Foto : The Korea Times