,
Hiburan

Blockout 2024: Wani Kayrie Nasihat - “Kita Ada Hak Untuk Marah Tapi Jangan Sampai Menghina & Mencaci”

Mya Amri
16/05/2024
06:55 MYT
Susulan isu gerakan Blockout 2024, penyanyi Wani Kayrie menasihatkan agar semua pihak menjaga tutur kata dalam memberikan sebarang komen.

Tegur dengan baik, tak perlu kata kata kesat

Menurut Wani, tidak salah untuk menegur namun jangan keterlaluan sehingga mengeluarkan kata-kata yang kurang baik kerana ia adalah cerminan diri.
“Pandangan saya untuk bahagian kutuk mengutuk ini sebenarnya tidak baik sebab saya rasa apa yang kita cakap itu mencerminkan diri kita sendiri.
“Tidak bermaksud orang yang tak membuat posting itu tidak mendoakan, tidak menderma, sampai kita tahu ada selebriti yang sanggup keluarkan resit resit menderma sebagai bukti.

BERITA TRENDING: Daiyan Trisha Tunjuk Bukti Beri Sumbangan Tabung Palestin Cecah RM100,000 - “Minta Maaf Jika Cara Saya Tak Tepat”

“Jadi saya rasa benda itu orang kata boleh jatuh riak, tak baik bila kita manusia sesama Islam melagakan antara satu sama lain.

“Maksud saya kita ada hak untuk marah mereka yang tidak post, tetapi janganlah sampai membenci, menghina dan mencaci.

“Blackout ini pada pemandangan saya adalah trend dari negara luar. Saya rasa mungkin orang kita terlalu terikut ikut untuk mengikuti trend sampai sanggup memaki dan menjatuh hukum yang tidak wajar kepada seseorang,” katanya
Wani berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Innovathon musim kedua bertempat di Mercure Living, Putrajaya pada Rabu.

BERITA TRENDING: “Nak Block Just Block, Tapi Tak Payah Sampai Keluarkan Kata-Kata Yang Tidak Baik” - Mira Filzah

Tak perlu sampai beri ugutan

Dalam pada itu, Wani juga turut meluahkan rasa kesal apabila mendapat tahu sahabatnya iaitu penyanyi, Naim Daniel menerima komen berbaur ugutan bunuh daripada netizen terhadap ibu bapanya.
“Bukan saya nak kata tidak menyokong gerakan itu, cuma saya tidak menyokong tindakan manusia yang sampai sanggup mengugut seperti mana sahabat saya, Naim kena.
“Saya rasa benda itu tidak patut berlaku kerana akan mengganggu mental dan dikira sebagai ‘doxing’ yang akan memberi ancaman kepada keluarga.
“Kita tahu Naim itu sendiri seorang yang lantang bersuara. Saya tak mahu komen lebih sebab itu diri dia cuma saya agak kesian juga bila orang sampai memberi ugutan untuk membunuh keluarganya.

BERITA TRENDING: Bersuara Isu Blockout 2024, Naim Daniel Kecewa Terima Komen Negatif

“Bagi saya itu sudah melampau sebenarnya, kalau benda itu kena pada saya pun saya akan buat benda yang sama, lapor pada polis dan sebagainya.
“Tapi itulah, kita tak boleh nak block semua orang. Apa yang kita boleh buat adalah memberi kesedaran bahawa untuk menghina, ‘doxing’ dan sebagainya ini tak bagus,” jelasnya.

BERITA TRENDING: “Malu Dengan Western People All Out Boikot” - Lufya Omar Bersuara Isu Blockout 2024, Tak Kisah Hilang Kawan

Terdahulu, susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin di serang oleh tentera Israel, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout 2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.
Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Mereka meluahkan rasa kecewa berikutan ramai artis tempatan yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.

BERITA TRENDING: Block & Unfollow Artis, Apa Itu Kempen Blockout 2024?

Warganet juga dilihat kesal berikutan selebriti-selebriti tersebut didakwa masih lagi giat mempromosikan barangan berkaitan dengan Israel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Enggan Ambil Pusing Soal Kontroversi Konsert, Wani Kayrie Hanya Mahu Buat Persembahan - "Selepas Mengetahui Berita Itu Saya..."

gempak
16/11/2024
06:55 MYT
Meskipun ia satu berita yang tidak sedap untuk didengari, sebagai salah seorang individu yang menjayakan konsert itu, dia hanya mahu menjalankan tugasnya sebagai penyanyi .
Hiburan

“Amboi… META pun nak fitnah saya juga,” - Fazura

gempak
01/11/2024
00:55 MYT
Boleh dikatakan setiap hari pelakon dan usahawan Nur Fazura tidak akan terlepas berkongsi mengenai Palestin di setiap platform laman sosial miliknya.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Hiburan

Yahya Sinwar Terbunuh Akibat Tembakan Di Kepala

gempak
19/10/2024
04:55 MYT
Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar maut akibat "kecederaan otak traumatik yang teruk" selepas ditembak di kepala, menurut ahli patologi di Israel yang menjalankan autopsi ke atasnya.
Hiburan

Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

gempak
19/10/2024
00:50 MYT
Penyanyi Stacy tidak akan terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku yang akan berlangsung pada November depan.
Unitar