Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
"Hari kelapan berpantang, terpaksa turun office kejap check stock, boleh jadi bentan I dibuatnya oleh ejen, stokis dan leaders, setiap hari tanya bila stok mari.
"Padahal hari-hari pun diorang ambil stok, tak faham betul," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Wawa berasa risau dan menasihatinya untuk lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan diri ketika berpantang.
Terdahulu, Wawa melahirkan anak bongsunya Ayya Soffya pada 1 Disember.
Wawa dan suaminya, pelakon Aeril Zafrel mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini, Ahmad Fakhruddin dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.