Pelakon Nabila Huda akui bukan mudah untuk mendapatkan mood dalam proses dubbing suara bagi sesebuah filem.

Berkongsi mengenai salah satu proses dalam pembikinan filem itu, Nabila berkata ia memerlukan kesabaran untuk kembalikan mood dalam filem yang telah dilakonkan sebelum ini.

“Saya cuma nak berkongsi bagaimana process sebelum satu filem itu keluar untuk tontonan korang semua.

“Biasanya untuk some film, direct sound je tak perlu nak dubbing. Tapi mesti akan ada few scenes yang ada masalah yang tak dapat nak dielakkan, jadi kita kena dubbing.

“Nampak susah, tapi kalau faham situasi, semua berjalan dengan lancar la. Sebagai contoh kalau kita buat scene heavy, sekali sound tak ok dan penggambaran pula dibuat maybe few years back.

“Jadi kena dapatkan balik mood, nak kena imagine situation, imagine set masa buat scene tu dan kena ingat emotion untuk scene tu supaya bila kite dubbing, dia sync dengan mood dalam scene tu,” katanya.

Anak kepada penyanyi rock legenda, Amy Search itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil memuat naik rakaman video sewaktu melalukan dubbing sebuah filem.

Tambah Abil lagi, sebagai seorang pelakon mereka perlu multitasking supaya emosi dan suara dalam filem itu sampai.

“Perlu multitasking baca dialog, tengok footage scene tu dan dalam masa yang sama lip sync nak kena sama.

“Jadi korang imagine lah macam mana kan! Haha Abil pula seorang yang perfectionist kalau bab kerja. Kalau abil sendiri tak rasa ok, Abil boleh emo and grumpy macam dalam video ni.

“Sebab tu la saya kena bilas dengan makan supaya saya jadi jinak balik haha! Our job is not easy you know. Tapi bila kite dapat perform dengan baik, kepuasan dia another level i tell you walaupun nampak macam orang gila,” kongsinya lagi.

Sekadar perkongsian, Nabila sudah menceburi dunia seni sejak 2001 dan popular dengan watak antagonis seperti filem Bohsia, Munafik, MAMA dan banyak lagi.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)