Skip to main content

Berita

Kisah 5 Mahasiswa Ini Buka Mata, Mekdi & Gempak Bawa Kejutan Istimewa Buat Pelajar Universiti

Kisah 5 Mahasiswa Ini Buka Mata, Mekdi & Gempak Bawa Kejutan Istimewa Buat Pelajar Universiti

Sekilas

  • Program Santun Pelajar Mekdi membantu mahasiswa yang menghadapi cabaran kewangan dengan menyediakan baucar makanan di restoran McDonald's bagi meringankan beban harian mereka.
  • Lima kisah mahasiswa dari universiti terpilih berkongsi pengalaman perjuangan mereka menyeimbangkan pengajian dan cabaran kewangan, termasuk bekerja sambilan dan berjimat cermat.
  • Gempak akan bekerjasama dalam program Gempakkan Kampus yang menawarkan pelbagai aktiviti dan hiburan menarik untuk warga universiti, dengan pengumuman universiti terpilih bakal diumumkan tidak lama lagi.
Advertisement

Di sebalik kehidupan kampus yang sering digambarkan penuh dengan keseronokan, tersimpan pelbagai kisah perjuangan mahasiswa yang terpaksa berdepan cabaran kewangan demi meneruskan pengajian.

Ada yang terpaksa berjimat sehingga mengikat perut, bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan, malah ada juga yang memilih untuk menyembunyikan kesusahan daripada pengetahuan orang lain.

Advertisement

Menyedari realiti tersebut, program Santun Pelajar Mekdi membantu mahasiswa di universiti terpilih yang berdepan kekangan kewangan.

Menerusi inisiatif ini, pelajar daripada golongan yang memerlukan menerima baucar makanan yang boleh ditebus di restoran McDonald's, sekali gus membantu meringankan beban perbelanjaan harian mereka.

Namun, program berkenaan bukan sekadar memberi bantuan makanan, malah turut memberi perhatian kepada kesejahteraan mahasiswa serta usaha mencipta pengalaman kampus yang lebih bermakna.

Advertisement

Menariknya, usaha ini bakal diteruskan dengan kerjasama Gempak menerusi Kampus yang menjanjikan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik buat warga universiti.

Persoalannya, universiti manakah yang bakal menjadi pilihan?

Sementara menantikan pengumuman tersebut, Gempak membawakan lima kisah mahasiswa yang pernah berkongsi cabaran dan pengalaman mereka sepanjang menuntut ilmu.

1. Rosneaisyah Robin


Aisyah, pelajar Asasi Sains Sosial di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang berasal dari Semporna, Sabah, berkongsi cabaran berjauhan daripada keluarga dan berdepan kekangan kewangan sepanjang melanjutkan pengajian.

Dalam menghadapi cabaran tersebut, dia menulis surat motivasi kepada dirinya sendiri sebagai pembakar semangat untuk terus kuat dan percaya bahawa setiap pengorbanan hari ini akan membuahkan hasil pada masa hadapan.

[ https://gempak.com/sukan/bukan-mudah-berjuang-di-perantauan-kisah-aisyah-dari-semporna-buat-ramai-tersentuh ]

2. Nurain Shuhada Mohamad Rosle


Pelajar tahun pertama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ini tetap cekal meneruskan pengajian meskipun kehilangan bapa dan berdepan cabaran kewangan keluarga.

Selepas pemergian bapanya, kakak Nurain mengambil alih tanggungjawab keluarga, manakala ibunya hanya mampu memberikan RM100 sebulan untuk menampung perbelanjaan pengajiannya.

[ https://gempak.com/hiburan/wang-poket-hanya-rm100-sebulan-nurain-shuhada-cekal-sambung-belajar ]

3. Aqila Nabaha Khairul Azhar


Sebagai pelajar tahun empat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Aqila bekerja sambilan sebagai penyampai radio bagi menampung keperluan hariannya ketika berdepan kekangan kewangan.

Walaupun perlu membahagikan masa antara pekerjaan dan pengajian, dia tetap bertekad untuk menamatkan pelajaran demi mengejar impian serta mengubah nasib keluarganya.

[ https://gempak.com/hiburan/bukan-sebab-tak-lapar-duit-poket-habis-aqila-terpaksa-ikat-perut-demi-teruskan-pengajian ] 

4. Mohammad Aiman Affendi Azmi


Bagi meringankan beban ibu bapanya, Affendi yang merupakan pelajar tahun pertama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sanggup bekerja setiap kali cuti semester bagi menampung yuran dan membeli kelengkapan pengajian.

Dia mengakui kekangan kewangan menjadi cabaran, terutama untuk mendapatkan buku dan peralatan belajar. Namun, Affendi tetap berusaha menguruskan wang dengan cermat dan memberikan tumpuan kepada pelajaran demi mencapai cita-citanya.

[ https://gempak.com/berita/pernah-kerja-di-kantin-sekolah-kedai-makan-affendi-hustle-demi-tampung-kos-belajar ]

5. Muhammad Ammar Mohd Zulkefli

Seorang mahasiswa yang juga ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK),  Muhammad Ammar Mohd Zulkefli berpendapat kos sara hidup yang semakin meningkat merupakan satu cabaran besar bagi kebanyakan pelajar di universiti.

Ujar Ammar, meskipun pelajar berdepan dengan masalah kesusahan hidup, mereka lebih memilih untuk merahsiakan keadaan tersebut daripada pengetahuan orang lain.

[ https://gempak.com/berita/kos-sara-hidup-cabaran-buat-pelajar-ammar-bantu-mahasiswa-yang-memerlukan ]

Kampus Mana Bakal Digempakkan?

Kisah lima mahasiswa ini menjadi antara gambaran realiti kehidupan pelajar yang cuba diseimbangkan antara tuntutan akademik, tanggungjawab keluarga dan cabaran kewangan.

Program Santun Pelajar Mekdi khususnya melalui bantuan makanan diharap dapat memberikan sedikit kelegaan kepada mahasiswa yang memerlukan.

Dalam masa sama, program Gempakkan Kampus ini bakal membawa satu lagi pengalaman menarik buat warga universiti menerusi gabungan aktiviti, hiburan dan pengisian yang dekat dengan kehidupan mahasiswa.

Jadi, adakah kampus anda bakal menjadi lokasi pilihan Gempak dan Mekdi?

Nantikan pengumuman universiti terpilih serta pelbagai kejutan yang bakal didedahkan tidak lama lagi!

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16252 Windbreaker Muslimah S-XXL | Muslimah Water-Resistant Windbreaker

ELGINI E16252 Windbreaker Muslimah S-XXL | Muslimah Water-Resistant Windbreaker

J344🌺🌺Pure Cotton Suit Personal Suit Women's Cotton Linen Ethnic Style Suit Casual Design Shirt Wide-Leg Pants Suit Women

J344🌺🌺Pure Cotton Suit Personal Suit Women's Cotton Linen Ethnic Style Suit Casual Design Shirt Wide-Leg Pants Suit Women

MISSSANDRA Kain Berpantang Bergetah / Confinement Sarong / Kain Batik Instant / Basahan

MISSSANDRA Kain Berpantang Bergetah / Confinement Sarong / Kain Batik Instant / Basahan

ATIKOTA Women Wedge Simple Sandals Square Toe Solid Color Comfortable Women Casual Slippers

ATIKOTA Women Wedge Simple Sandals Square Toe Solid Color Comfortable Women Casual Slippers

Men's T-shirt, high-end black apricot wide checkered striped T-shirt

Men's T-shirt, high-end black apricot wide checkered striped T-shirt

PUMA Class Relaxed Pinnacle Men's Polo

PUMA Class Relaxed Pinnacle Men's Polo

Must Watch Video

Advertisement