Kerajaan semalam memutuskan sudah boleh makan di kedai mengikut keluasan meja dengan penjarakan fizikal satu meter serta jumlah penumpang dibenarkan mengikut kapasiti kenderaan mengikut kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengumuman itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan berkuat kuasa bermula hari ini.

"Mengambil kira rayuan pelbagai pihak, kita longgarkan syarat-syarat ini. Bagaimanapun, saya nasihatkan supaya masyarakat membuat kawalan kendiri… kanak-kanak kecil dan warga emas tidak digalakkan untuk dibawa keluar," katanya pada sidang media perkembangan PKP.

BERNAMA turut melaporkan PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang telah dilanjutkan bermula esok hingga 4 Mac ini.

Berdasarkan SOP di kawasan PKP sebelum ini, hanya dua orang dibenarkan untuk satu meja di kedai makan dan hanya dua penumpang dibenarkan menaiki satu kenderaan.

Kredit Foto: RojakDaily