Berita

Netizen Serabut Raja Bomoh Sibuk Nak Tolong Cari Mangsa Tanah Jerlus - “No Thanks, Jangan Nak Buat Benda Bukan-Bukan”

gempak
Mya Amri
29/08/2024
07:33 MYT
Sponsor Banner
Netizen Serabut Raja Bomoh Sibuk Nak Tolong Cari Mangsa Tanah Jerlus - “No Thanks, Jangan Nak Buat Benda Bukan-Bukan”
Kehadiran Raja Bomoh di lokasi kejadian tanah jerlus membabitkan seorang individu warga India di Masjid India, pada Khamis menjadi tumpuan netizen.

Netizen kurang senang Raja Bomoh 'menyibuk'

Lebih-lebih lagi apabila Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin turut sama menawarkan bantuan untuk mencari mangsa yang masih belum ditemui sehingga kini.
Bagaimanapun niat Raja Bomoh itu menerima pelbagai reaksi netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dan menganggap perbuatannya memalukan selain bertentangan dengan agama.

Untuk info, pada 23 Ogos lalu seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

ARTIKEL BERKAITAN:Tanah Jerlus Masjid India: Kehadiran 'Raja Bomoh' Curi Perhatian, Siap Renjis Air Istimewa

ARTIKEL BERKAITAN:Tanah Jerlus Masjid India: 'Kami Tidak Akan Mengalah' - JBPM

ARTIKEL BERKAITAN:Pakar Geologi Ini Kongsi Faktor Berlakunya Sinkhole & Dedah Tanda-Tanda Tanah Runtuh - “Permukaan Tunggu Masa Apabila..”

ARTIKEL BERKAITAN:Tanah Jerlus Masjid India: “Operasi Bahaya Kerana Ada Gas Beracun Di Pembetung” - Bomba

ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan Penyelamat Kongsi Pengalaman Cari Mangsa Jerlus

Operasi SAR diaktifkan pada hari sama melibatkan anggota daripada pelbagai pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan yang telah menggunakan pelbagai teknik termasuk penggunaan unit anjing pengesan (K9) dan kaedah jetting.
Sehingga kini, mangsa belum ditemui dan usaha menyelamat masih lagi berlangsung.
Foto: IQBAL ROSLI/KOSMO!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live