Laman Utama
Boom! Baru Dua Hari Ditayang, Penunggang Agama Berada Di Tangga #1 Carta Filem Top 5 Astro First
Masuk hari kedua tayangan filem Penunggang Agama, naskah tersebut terus mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penonton.
Sebagai bukti, Penunggang Agama berada di tangga pertama dalam carta filem Top 5 Astro First.
Berita itu diumumkan menerusi posting di akaun Instagram Astro Shaw dan Astro First, sebentar tadi.
Carta terbaru yang dikemaskini itu menyaksikan Filem Bulan dan Pria Terhebat menduduki carta kedua, diikuti Irul Ghost Hotel, kemudian Hantu Boceng 2.0 dan akhir sekali adalah Konsert Hora Horey Wayang Didi dan Friends.
Karya terbitan Astro Shaw dan Skop Productions itu menampilkan aktor dan aktres berpengalaman serta gandingan pelakon kanak-kanak.
Antaranya, Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.
Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk medapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji.
Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.
Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan. Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar.
Jadi, bagi anda yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan Penunggang Agama yang berada di pawagam rumah anda, Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
Must-Watch Video