,
Filem

Jadi Pegawai Polis, Penunggu Rimba… Dukun Pun Boleh! Ini 5 Filem Zul Ariffin Yang Wajib Anda Tonton

Khairil Khusyairi
21/10/2024
11:55 MYT
Siapa yang tak kenal dengan aktor popular, Zul Ariffin. Sudahlah sasa, kacak pula. Memang pakej lengkap yang menjadi pujaan ramai.
Malah, bakat Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin memang tidak dapat disangkal lagi. Jadi, banyak karya-karya yang berkualiti Zul dah lakonkan dan relevan sehingga kini.
Kali ini, Gempak senaraikan filem-filem hebat yang pernah Zul lakonkan:

1. Sheriff: Narko Integriti

Zul yang memegang watak Sheriff adalah seorang pegawai polis dari Jabatan Integriti yang ditugaskan menyelesaikan kes 'Meth Killer. Dia berpasangan dengan Nazri, seorang anggota polis muda dari Jabatan Narkotik.
Misi mereka adalah untuk menumpaskan sindiket dadah yang diketuai oleh Tony Ifrit. Sindiket terbabit sering terlepas daripada cengkaman undang-undang, setiap kali menerusi proses penghakiman.

2. Tombiruo: Penunggu Rimba

Tombiruo: Penunggu Rimba ialah sebuah filem aksi pengembaraan Malaysia 2017 arahan Seth Larney, diadaptasi daripada novel yang diterbitkan pada 1998 dengan judul sama karya Ramlee Awang Murshid.
Selain Zul yang memegang watak Ejim atau Tombiruo, filem ini turut dilakonkan oleh Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Datuk M. Nasir dan ramai lagi.

3. J Revolusi

J Revolusi mengisahkan tentang Jay Zulkarnain lakonan Zul Ariffin yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan dengan musuh.
Filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Iedil Putra, Nur Fazura, Izara Aishah dan Farid Kamil. Filem yang menelan belanja RM2.7 juta itu mula ditayangkan di pawagam pada 2 Mac 2017.

4. Penunggang Agama

Penunggang Agama ialah sebuah filem seram thriller islamik arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw.
Ia mengisahkan pasangan suami isteri yang menghadapi cabaran dalam menyelamatkan keluarga mereka daripada ancaman gangguan makhluk halus.

5. Don Dukun

Zul Ariffin memegang watak Don Arif iaitu seorang dukun ‘influencer’ yang bercita-cita menjadi dukun hebat seperti ahli keluarganya yang lain.
Don Dukun menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin, Rashidi Ishak dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Don Dukun yang bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Buat Trend ‘Thank You Ketayki’ Bikin Netizen Pecah Perut, Pencetus Trend Siap Komen Lagi - “Garaunya Ketayki Ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Trailer Baru Keluar Tapi Ramai Yang Dah Tak Sabar Nak Tonton Filem Don Dukun – “Zul Ariffin Dengan Ropie, Mesti Berdekah Ni”

ARTIKEL BERKAITAN: ”Dulu Tangkap Polis, Sekarang Jadi Dukun” - Ramai Tak Sabar Nak Tengok Sisi Lain Zul Ariffin Dalam Don Dukun

ARTIKEL BERKAITAN: Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pertama Kali Bekerjasama, Zul Ariffin Kagum Dengan Bakat & Potensi Sofyank - “Industri Kita Perlu Lebih Ramai Orang Seperti Ini”

gempak
21/10/2024
09:55 MYT
Berpeluang bekerjasama dengan Sofyank, pelakon Zul Ariffin menganggap pencipta kandungan digital media sosial mampu pergi lebih jauh dalam bidang yang diceburi.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Don Dukun

gempak
19/10/2024
04:00 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Don Dukun
Hiburan

Teruja Tonton Filem Biografi Rossa, Siti Nurhaliza Beri Bayangan Bakal Buat ‘Kejutan’ Sempena 30 Tahun Dalam Industri - “Mungkin Dapat Inspirasi, Bahan Semua Dah Kumpul..”

gempak
17/10/2024
21:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa teruja apabila dijemput untuk menghadiri malam gala tayangan perdana filem biografi ‘All Access To Rossa 25 Shining Years’.
Hiburan

Rossa Terharu Terima Sambutan Luar Biasa Di Tayangan Perdana Filem All Access To Rossa 25 Shining Years

gempak
17/10/2024
11:49 MYT
Diva pop Indonesia, Datuk Sri Rossa meluahkan rasa terharu dengan sokongan yang diterima sewaktu malam gala tayangan perdana filem dokumentari berjudul ‘All Access To Rossa 25 Shining Years’.
Filem

Zul Ariffin Buat Trend ‘Thank You Ketayki’ Bikin Netizen Pecah Perut, Pencetus Trend Siap Komen Lagi - “Garaunya Ketayki Ni”

gempak
16/10/2024
12:20 MYT
Aktor Zul Ariffin sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila membuat parodi ‘Thank You Ketayki’ baru-baru ini.
BorakSeeni