,
Filem

Very Classy, Demure, Mindful... Marsha Milan Kongsi Watak Sebagai Datin Azizah Dalam Don Dukun – “Agak Sukar Tapi..."

Khairil Khusyairi
23/10/2024
11:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Marsha Milan berkongsi karakter yang dipegangnya iaitu Datin Azizah dalam filem Don Dukun.
Menurut Marsha, watak Datin Azizah adalah seorang yang classy dan penyayang terhadap anak tirinya.
“Datin Azizah adalah seorang yang classy, demure, mindful.
“Dalam masa sama dia seorang penyayang sebab dia sanggup mengeluarkan berjuta ringgit untuk pastikan anak tiri dia sihat,” ujarnya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Marsha mengakui bukan mudah untuknya memegang karakter Datin tersebut kerana perlu mengekalkan gaya elegan dan classy.
“Cabarannya adalah saya seorang yang suka bergerak, pegang watak Datin kena tenang.
“Marsha Milan adalah seorang yang tak boleh duduk feeling cantik.
“Agak sukar tapi bukan sampai stress, ia susah bagi saya untuk kawal karakter seorang yang classy itu," kongsinya lagi.
Sinopsis
Seorang ‘dukun instafamous’ yang bercita-cita menjadi dukun hebat seperti ahli keluarganya yang lain hingga sanggup menggunakan gimik serta tipu helah dan dihalang oleh ayahnya sendiri dari mendalami ilmu keramat keluarga mereka.
Datang seorang janda kaya menawarkan habuan lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang meletakkan Don Arif dalam situasi persaingan dengan bomoh-bomoh lain sekaligus perlu berhadapan dengan ancaman kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa si anak tiri.
Don Arif sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi dukun hebat dan terkenal seperti ahli keluarganya yang lain, termasuk menggunakan tipu helah, Dengan bantuan orang kanannya, Jaafar, Don Arif mengatur gimik demi meraih populariti di sosial media
Ayahnya, Pak Samad, tidak bersetuju dengan cara Don Arif dan menghalangnya dari mendalami ilmu kitab keramat keluarga mereka.
Muncul Datin Azizah, seorang janda kaya, yang menawarkan sejuta ringgit kepada Don Arif untuk memulihkan anak tirinya, Laila.
Namun begitu, Don Arif perlu bersaing dengan Aloysius, bomoh yang boleh berkomunikasi dengan roh, dan Dr. Divya, pemburu hantu moden.
Semua usaha mereka untuk mengusir jin yang merasuk Laila gagal dan Laila menjadi lebih agresif! Don Arif kemudiannya dikejutkan dengan satu rahsia silam yang mematahkan semangatnya lalu mengundurkan diri dan melepaskan tawaran lumayan Datin Azizah.
Sehinggalah Don Arif mendapat inspirasi dari anaknya sendiri serta restu dari Pak Samad yang menyuntik semula semangat dalam dirinya.
Don Arif kembali nekad untuk membantu Laila. Don Arif berjaya mengusir jin yang merasuk Laila dan kemenangannya itu membongkar kuasa gelap yang lebih dahsyat. Situasi jadi lebih mencemaskan dan kali ini Don Arif hampir tewas.
Dengan bantuan Aloysius dan Dr. Divya serta ilmu yang baru dikuasainya, Don Arif meneruskan perjuangan menghapuskan kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa Laila.
Jangan lupa saksikan filem Don Dukun yang bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini. Don Dukun menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin, Rashidi Ishak dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari Ketua Polis Ke Ketua Dukun! Kemunculan Yusof Haslam Dalam Don Dukun Bikin Ramai Terhibur - “Semua Dah Rosak”

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi Pegawai Polis, Penunggu Rimba… Dukun Pun Boleh! Ini 5 Filem Zul Ariffin Yang Wajib Anda Tonton

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Buat Trend ‘Thank You Ketayki’ Bikin Netizen Pecah Perut, Pencetus Trend Siap Komen Lagi - “Garaunya Ketayki Ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Trailer Baru Keluar Tapi Ramai Yang Dah Tak Sabar Nak Tonton Filem Don Dukun – “Zul Ariffin Dengan Ropie, Mesti Berdekah Ni”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Dari Ketua Polis Ke Ketua Dukun! Kemunculan Yusof Haslam Dalam Don Dukun Bikin Ramai Terhibur - “Semua Dah Rosak”

gempak
22/10/2024
12:50 MYT
Penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam mencuri tumpuan apabila bakal muncul dalam filem Don Dukun.
Filem

Jadi Pegawai Polis, Penunggu Rimba… Dukun Pun Boleh! Ini 5 Filem Zul Ariffin Yang Wajib Anda Tonton

gempak
21/10/2024
11:55 MYT
Siapa yang tak kenal dengan aktor popular, Zul Ariffin. Sudahlah sasa, kacak pula. Memang pakej lengkap yang menjadi pujaan ramai.
Hiburan

Pertama Kali Bekerjasama, Zul Ariffin Kagum Dengan Bakat & Potensi Sofyank - “Industri Kita Perlu Lebih Ramai Orang Seperti Ini”

gempak
21/10/2024
09:55 MYT
Berpeluang bekerjasama dengan Sofyank, pelakon Zul Ariffin menganggap pencipta kandungan digital media sosial mampu pergi lebih jauh dalam bidang yang diceburi.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Don Dukun

gempak
19/10/2024
04:00 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Don Dukun
Hiburan

Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

gempak
19/10/2024
00:50 MYT
Penyanyi Stacy tidak akan terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku yang akan berlangsung pada November depan.
BorakSeeni