Aktres senior Hollywood, Brooke Shields mendedahkan dirinya pernah melalui peristiwa hitam diperkosa pada awal kemunculannya dahulu.

Pendedahan tersebut dapat disaksikan oleh peminat menerusi dokumentari Pretty Baby: Brooke Shields yang pertama kali ditayangkan di Sundance Film Festival, hujung minggu lalu.

Bercerita tentang pengalaman hitam tersebut, Shields memberitahu telah diajak keluar makan malam di sebuah hotel oleh seorang lelaki.

Dia bersetuju untuk bertemu lelaki tersebut kerana menyangka akan berbincang tentang kesempatan bekerja dalam bidang seni.

“Dia minta saya hadir ke hotel naik teksi yang telah ditempahnya. Jadi saya pergi dan naik ke bilik, namun dia ‘menghilang’ sebentar.

“Tiba tiba pintu terbuka dan dia muncul berbogel. Saya sangat terkejut. Kami sempat bergelut sebentar seperti sedang wrestling.

“Namun saya tidak banyak melawan dan kaku. Saya takut melawan kerana tidak mahu dikasari dan hanya berfikir untuk keluar dari bilik itu dalam keadaan selamat,” katanya seperti dilaporkan AP.

Setelah diperkosa, bintang Blue Lagoon (1980) dan Endless Love (1981) itu mengatakan dia mengambil teksi dan pergi ke rumah sahabatnya.

“Saya menangis sepanjang perjalanan,” katanya.

Sheilds yang kini berusi 57 tahun bagaimanapun mengaku sempat tidak dapat menerima fakta dirinya telah diperkosa seorang lelaki yang tidak disebut namanya.

“Pakar pengawal peribadi, Gavin de Becker mengatakan saya telah diperkosa. Tapi saya hanya tidak dalam menerima kenyataan itu,” ujarnya lagi.

Pengakuan tersebut menjadi salah satu dari sejumlah kisah yang diungkap dalam Pretty Baby: Brooke Shields yang terdiri dari dua bahagian dan sedia ditonton secara atas talian.

Selain pengakuan dirinya diperkosa, bahagian pertama filem ini juga mendedahkan kisah gangguan seksual yang dialami Shields termasuk dalam sesi pemotretan tanpa busana yang penuh kontroversi saat berberusia 10 tahun, hingga penampilannya sebagai pekerja seks dalam Pretty Baby (1978). Shields waktu itu baru berusia 11 tahun.