Viral

Buah Kelapa Ditemui Dalam Rektum Lelaki Warga Emas, Doktor Terkejut!

gempak
Amri Hassan
25/03/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Buah Kelapa Ditemui Dalam Rektum Lelaki Warga Emas, Doktor Terkejut!
Seorang lelaki warga emas berusia 56 tahun di Taiwan terpaksa menahan sakit dan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sebiji kelapa yang tersangkut di dalam rektumnya.

BERITA TRENDING: Sumbat Belut Hidup Dalam Dubur Untuk Rawat Sembelit, Lelaki Hampir Mati

Buah tropika yang berukuran 7.5 x 5.7 sentimeter itu dikeluarkan melalui pembedahan laparotomi. Hal itu sekaligus menarik perhatian ramai dan dilaporkan dalam British Medical Journal (Case of Coconutention).
Kata pakar pembedahan am dan kolorektal, Dr. Chen Zhiyi, pada mulanya lelaki berkenaan datang ke hospital dan mengadu sakit perut yang kronik, tidak boleh membuang air kecil dan mengalami sembelit yang teruk selama dua hari.
Menerusi imbasan CT scan, pegawai perubatan mendapati sebiji buah kelapa tersekat di dalam rektumnya, yang menekan bahagian uretra hingga menyebabkannya sukar untuk kencing.
Bagaimanapun, dalam laporan perubatan, pegawai tidak memaklumkan secara terperinci tarikh kejadian dan maklumat lengkap pesakit.
Pesakit itu mengaku telah memasukkan sesuatu ke dalam rektumnya pada malam sebelumnya.
Sebelum pembedahan, Dr. Chen telah mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan buah kelapa itu secara manual namun gagal.
Ketika ditanya bagaimana pesakit berkenaan memasukkan buah kelapa itu ke dalam rektumnya, dia hanya mendiamkan diri.

BERITA TRENDING: Ditangkap Sewaktu Menonton Porno, Pelawak Coki Pardede Suntik Syabu Di Dubur

Dr. Chen mengesahkan buah kelapa yang dikeluarkan dari rektum pesakit itu masih sempurna dan punyai kulit.
Kes itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen di Taiwan. Ada yang terkejut namun ada juga yang merasakan kes terbabit lucu.
Sumber: Daily Star
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024