Berita

“Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih. Ramadan Pun Akan Tiba” – Pak Ya Maafkan Lan Pet Pet

Fiza Kamarudin
24/04/2019
03:17 MYT
Pengawal keselamatan, Yahya Manap, 68, atau Pak Ya menamatkan persengketaan dengan pelawak Lan Pet-Pet.
Lan Pet-Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 50, telah bersemuka dengan pengawal keselamatan tersebut, malam tadi (Selasa).
Dalam pertemuan hampir dua jam yang dihadiri keluarga dan sahabat baik kedua-dua pihak, permohonan maaf Lan Pet Pet disambut Pak Ya dengan hati terbuka.
“Saya maafkan Lan (Mazlan)... Ini bukan kerana wang tetapi keinsafan dirinya membuka hati saya memaafkannya.
“Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lagipun, Ramadan al-Mubarak akan tiba, tidak lama lagi. Lebih elok kami berbaik daripada memanjangkan sengketa pada bulan mulia.
“Saya bukannya pendendam... Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka,” kata Yahya seperti laporan BH Online.
Tambah Pak Ya, dia kasihan kepada Mazlan terutama dalam aspek karier dan reputasinya selepas insiden hitam itu.
“Kerjaya dan reputasi Lan tercalar dengan insiden itu,” katanya.
Yahya menghormati tindakan Lan yang sanggup bersemuka untuk memohon maaf dengan hati yang ikhlas.
“Asalkan Lan insaf dengan perbuatannya, itu sudah cukup. Saya akan berbincang dengan peguam untuk menarik balik permohonan rayuan supaya hukuman terhadap Lan disemak semula.
“Saya tidak akan meneruskan tindakan saman itu,” katanya.
Pada 15 April lalu, Mazlan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul Pak Ya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.
Mazlan mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof.
Mazlan mengaku melakukan kesalahan itu di Acacia Park Desa Jati pada 6 April lalu. Pelakon filem Zombie Kampung Pisang itu membayar denda diputuskan mahkamah.
Berita/Foto: Berita Harian Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Nonny Nadirah Sakan Bikin Kontroversi, Niezam Zaidi Terkejut– “Dia Hamba Allah Yang Baik…”

gempak
20/07/2024
09:55 MYT
Niezam, 31, berkata, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat wanita terbabit dan menganggap apa yang terjadi adalah hikmah.
Hiburan

Qistina Khaled Enggan Kejar Populariti Guna Kontroversi

gempak
19/07/2024
14:57 MYT
Pendatang baharu, Qistina Khaled makin giat melonjakkan namanya dalam industri seni lakonan.
Viral

Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Islamik Direman 4 Hari, Bantu Siasatan Berhubung Salah Guna Kuasa Untuk Dapatkan Suapan

gempak
11/07/2024
05:14 MYT
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Julai berhubung salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.
Hiburan

Kongsi Momen Jadi Peserta AF5, Nonny Nadirah Akui Gementar Setiap Kali Buat Persembahan - “Sebelum Berlakon, Saya Menyanyi”

gempak
11/07/2024
04:55 MYT
Pelakon Nonny Nadirah berkongsi momen pertama kali dia menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur untuk menyertai program Akademi Fantasia musim kelima.