Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Buat Content Trend ‘Poco Loco’, Pendakwah Minta Selidik Sejarah - “Orang Islam Tidak Boleh..”

Umirah Halim
02/08/2024 09:55 MYT
Trend ‘Poco Loco’ yang memperlihatkan gaya solekan menyerupai ‘tengkorak’ menjadi trend terkini di laman sosial.

Upacara keagamaan rakyat Mexico

Susulan itu, pendakwah terkenal, Usaz Jafri Mahmoodi tampil menyuarakan pendapatnya mengenai trend tersebut.

Menurutnya, trend tersebut berkait rapat dengan salah satu upacara rakyat Mexico yang dipanggil ‘The Day of The Dead’.

BERITA TRENDING: Dr Say & Polis Serbu Bilik Maid, Kantoi Dua Lelaki

BERITA TRENDING: Pelajar Tingkatan 2 Hamil Dirogol Sepupu Ketika Hari

“Lalu satu video tentang Poco Loco tengkorak rupa-rupanya ia adalah salah sat upacara orang Mexico ia dipanggil ‘The Day of The Dead’.

“Menurut kepercayaan mereka akan berlaku pertembungan antara alam orang mati dan masih hidup.

“Orang mati akan ziarah keluarga mereka dan yang hidup akan buat makanan, tarian dan untuk meraikan orang yang mati mereka buat makeup seperti itu,” jelasnya.

Menerusi perkongsian video itu juga Ustaz Jafri menasihati umat Islam agar berhati-hati sebelum membuat sesuatu trend terutamanya yang berkait rapat dengan upacara agama lain.

“Ini merupakan kepercayaan agama mereka, kita ini orang Islam tidak boleh sewenang-wenangnya nak buat walaupun tujuan untuk main-main, tapi kalau terkait dengan urusan keagaamaan orang lain kita tak boleh nak buat.

“Nasihat saya sebelum nak buat apa-apa konten periksa dahulu sejarah atau latar belakang perkara tersebut adakah upacara kebudayaan atau keagamaan.

BERITA TRENDING: Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan Berhenti Jadi Penyampai Radio SINAR - “Saya Perlukan Kerja, Saya Memang Nak…”

BERITA TRENDING: Lydia Menangis Terlalu Cintakan Tyzo, Pernah Luah

“Kalau kebudayaan tiada masalah tetapi kalau ada hubungkait dengan upacara keagamaan maka kita tak boleh buat dan perlu tinggalkan,” ujarnya lagi.

#Trend #Ustaz #Tegur #Mexico #loco #poco