Skip to main content

Viral

“Buat Instagram Ni Pun Sebab Rasa...” – Ustaz Don Terharu, IG Cecah 200,000 Pengikut

ustaz-don-200k-followers.jpg

Assalamualaikum WRT WBT Alhamdulillah syukur kepada Allah pagi ni bukak I.G baru perasan follower saya di I.G dah cecah 200k. Hehe, maaf la na, bukan nak tunjuk ‘act’ ka apa Cuma biasa lah, orang baru nak guna I.G, tu dia rasa syok sikit. . Apa pun salam perkenalan buat semua yang baru jumpa I.G saya, selamat datang & terima kasih sebab sudi follow saya. Saya ni tak ada apa, orang biasa saja. Buat I.G ni pun sebab rasa ‘kena buat’, bukan sebab suka-suka. Kalau suka-suka memang tak dan, tapi sebab depa kata ramai yang buat fake account saya, jadi ramai tertipu. Jadi buat ni adalah untuk elak penipuan depa, disamping jadi platform saya untuk berdakwah, ia juga jadi tempat untuk saya share aktiviti saya tu sahaja. . Saya kenalkan diri, saya Don Daniyal, asai dari Pulau Pinang, sudah berkahwin, anak otw nak masuk 4, bertugas sepenuhnya di KUISCELL (saya bukan penceramah bebas, marah bos saya) masih kakitangan di KUIS, ada sedikit komitmen di Mahabbaten Travel, Team Donz & Smoked Kingdom. Segala jadual saya diuruskan oleh KUISCELL. . Dikesempatan ini juga saya nak ucap terima kasih terutamanya kepada isteri saya, dinda @husnazahry yang memahami, menyokong, serta membantu jatuh bangun saya, menguruskan anak-anak. Terima kasih banyak, I love you dinda. Doakan isteri saya na, mengandung baby no 4 ni. Kepada my boys, Don Mustofa, Don Ibrahim & Don Sulaiman, terima kasih, I love you too. . Kepada ibu & bapak saya, adik beradik saya terima kasih atas segala doa, nasihat & kasih sayang kalian. Daniyal sangat menghargainya. . Terima kasih juga buat @kuiscell.kuis yang sentiasa sokong, bantu perjalanan karier saya terutama WTM (Boses) dan semua rakan-rakan staff, tak dilupakan warga KUIS, rakan-rakan @teamdonzofficial , Team @mahabbaten & jemaah umrahnya, Team @smoked_kingdom_by_dondaniyal & para pelanggannya , saudara mara, guru-guru, kawan-kawan sekolah saya, semualah yang kenai saya, yang pernah bekerja dengan saya, terima kasih banyak kerana menyokong & mendoakan saya. Wallahua’lam. ? @yasser.manaf

A post shared by Daniyal Biyajid (@ddaniyaldbiyajid) on

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement