Berita

"Buat Kerja Dari Awal Subuh Sampai Lewat Malam" - Farah Lee Bersengkang Mata 2 Minggu Nak Siapkan...

gempak
ZULHILMI JALIL
17/02/2020
10:01 MYT
Sponsor Banner
"Buat Kerja Dari Awal Subuh Sampai Lewat Malam" - Farah Lee Bersengkang Mata 2 Minggu Nak Siapkan...
Bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee berkongsi cerita mengenai cabarannya menyiapkan tugasan penulisan akademik (academic writing) dalam tempoh hanya dua minggu sahaja.
Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 31, berkata lebih mencabar apabila dia turut berpuasa hampir setiap hari dalam tempoh menyiapkan tugasan tersebut.
"Cool gak kan omma berjaya tulis hampir 10,000 perkataan dan analisis data untuk penulisan akademik dalam tempoh dua minggu sambil puasa hampir setiap hari sebab nak habiskan ganti sebelum mengembara.
"Buat kerja dari awal Subuh sehinggalah lewat malam tanpa henti selama dua minggu kerana penulisan akademik itu agak mencabar.
"Alhamdulillah, penulisan dah siap, tinggal nak finalise, proofread dan serahkan pada hujung bulan ini sahaja," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
A post shared by FARAH LEE || F. L. (@farahlee_) on
Perkongsian Farah itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang mana rata-rata mendoakan agar perjalanannya untuk menamatkan pengajian di sana dipermudahkan.
Farah kini menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang pendidikan kanak-kanak di University of Leeds, United Kingdom (UK)
Farah yang berhijrah ke UK turut membawa anak tunggalnya, Maream Esabel.
Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012, namun becerai pada Ogos 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live