Laman Utama

Buat Majlis Hamil 7 Bulan, Irwansyah & Zaskia Sungkar Umum Jantina Anak

gempak
Maliah Surip
18/01/2021
07:50 MYT
Sponsor Banner
Buat Majlis Hamil 7 Bulan, Irwansyah & Zaskia Sungkar Umum Jantina Anak
Pasangan selebriti Indonesia, Irwansyah dan Zaskia Sungkar memang menjadi sorotan media di Republik tersebut.
Salah satu hal yang selalu membuat pasangan ini menjadi perhatian adalah kerana kehamilan pertama Zaskia selepas 10 tahun bernikah dengan Irwansyah. Sementelah, kehamilannya ini berhasil dari program bayi tabung uji.
Terkini, Zaskia dan Irwansyah menyampaikan khabar hanya perlu menanti sekitar dua bulan lagi sebelum dapat bertemu zuriat pertama mereka. Saat ini, Zaskia memasuki usia hamil tujuh bulan.
Keduanya pun membuat majlis atau kenduri doa selamat secara kecil kecilan yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. Majlis yang diadakan baru baru ini juga berlangsung dalam suasana sederhana dan mengikut SOP kesihatan COVID 19.
Semuanya dipertontonkan secara langsung di stesen Indosiar, semalam.
Selepas majlis doa selamat usai, Zaskia dan Irwansyah dengan penuh teruja mengumumkan jenis jantina anak sulungnya selepas pihak keluarga memecahkan belon yang berwarna merah jambu dan biru.
Biru melambangkan anak lelaki manakala perempuan berwarna merah jambu. Setelah kedua dua keluarga memecahkan belon yang hasilnya sama banyak, Irwansyah kemudian memutuskan untuk menyalakan bunga api.
"Laki Laki guys!" kata Irwansyah penuh teruja sambil diraikan semua tetamu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live