Menerusi video yang di muat naik oleh seorang wanita di TikTok, memaparkan beberapa individu yang memakai baju kemeja T berona kuning dan hitam sedang mengedarkan flyers.
Tidak terhenti di situ, salah seorang lelaki daripada kumpulan tersebut bertindak menegur dan meminta wanita itu untuk mengimbas kod QR di flyers terbabit.
“Ingat kan scan QR boleh selesaikan loan PTPTN saya rupanya berpeluang menangi dua tiket percuma tengok Baik Punya Ah Long,” ujar wanita tersebut.