Hiburan
Buat Sendiri Aksi Terbakar, Beto Kusyairy Terima Pujian Netizen - “Dulu Pakai Kostum Along, Sekarang Api Kat Badan”
Pelakon Beto Kusyairy mencuri perhatian apabila melakonkan sendiri aksi berbahaya dengan menyalakan api pada dirinya dan terbakar.
Menerusi laman sosial Instagram, Beto berkongsi sekeping foto dirinya dalam keadaan terbakar untuk tatapan umum.
Tidak hanya itu, Beto turut berpesan agar jangan ada sesiapa yang meniru aksinya itu tanpa pengawasan pakar.
Menurut Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman, 41, dia yang memohon untuk melakukan aksi lasak tersebut biar pun pihak produksi telah menyediakan pelakon lagak ngeri baginya.
“Penerbit dah hire mereka yang arif dalam hal ni.. professional stunt team yang dah established. Dah disediakan juga stuntdouble untuk 'jadi' aku. Tapi aku yang request nak buat sendiri. Kenapa? Ah adalah sebabnya.
“Ini BUKAN bermakna yang seorang pelakon memang kena buat scene yang berisiko tinggi sebegini 'sendiri' untuk diangkat menjadi pelakon yang baik atau kononnya real actor. Aku ulang..INI BUKAN BENCHMARK & TAK PERLU PUN.
“Tapi aku tak request buta kosong gitu ajelah. Nak kena ada ilmu dan fahami teknik untuk stunt gini, nak kena ada pengawasan dan seliaan ketat oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ni, nak kena lulus ujian dari pakar-pakar ni dulu sebelum dapat green light, nak kena ada keyakinan pada kemampuan diri dulu(bukan berani bodoh). Selainnya adalah doa, fokus dan ketenangan..insyaAllah.
“Jadi kepada yang sentiasa mendoakan kesihatan, kesejahteraan, kebahagiaan & keselamatan aku..syukur alhamdulillah dan terima kasih,” tulis Beto di ruangan kapsyen.
Difahamkan aksi terbakar tersebut dilakukan untuk karya terbarunya berjudul Halimun bergandingan bersama aktres Nabila Huda.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya meluahkan rasa respek mereka pada aktor yang membintangi filem Istanbul Aku Datang ini.
Malah pada masa yang sama, ramai juga yang menitipkan pesanan agar Beto sentiasa menjaga diri dan berhati-hati dalam melakukan aksi yang berbahaya.
“Aku terkena percikan bara Gudang Garam pun dah menjerit. Ini dah level Dhalsim Street Fighter. Yoga firee,” kata aktor Zahiril Adzim.
“Antara hero yang badan tak payah ketak ketak tapi suko aku dengan lakonan dia ni. Muka tak payah nak jambu beria, tak payah nak hensem tahap langgar dinding tapi cenginih,” komen seorang wargamaya.
“Boek ah bang buat stund sendiri. Abang tak macam Tom cruise, Tom Cruise yang macam abang haha,” usik seorang wargamaya.
“Terang lagi bersuluh, memang terbaik. Respect abg beto,” ujar seorang wargamaya.
“Mantap la bang. Baru steady bangga rasa tak sia-sia jadi peminat Beto,” tulis seorang wargamaya.
“Power, bermula dulu dengan pakai kostum Along. Sekarang pakai api kat badan. Puas sebenarnya dapat cabar diri sendiri ni,” sokong seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 21,000 tanda suka daripada wargamaya.
Kredit video: Instagram Nabila Huda
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video