Laman Utama

Buat Solat Hajat Untuk Moji, Heliza Helmi Sedih Keadaan Kesihatan Haiwan Peliharaan Makin Merosot - "Nampak Dia Menahan Kesakitan ..."

gempak
Zulaikha Yusof
22/02/2021
05:30 MYT
Sponsor Banner
Buat Solat Hajat Untuk Moji, Heliza Helmi Sedih Keadaan Kesihatan Haiwan Peliharaan Makin Merosot - "Nampak Dia Menahan Kesakitan ..."
Pelakon dan penyanyi Heliza Helmi, 35, berkongsi berita sedih apabila keadaan haiwan peliharannya yang dipanggil Moji makin membimbangkan selepas disahkan menghidap kanser.
Menurut Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi menyatakan Moji sudah tidak bergerak dan hanya tidur sambil menahan sakit.
"Sejak semalam Moji tak bergerak sangat hanya rehat tidur. Sekejap Allah bagi pinjam tenaga semalam lepas solat Hajat Jemaah.
"Lepas tengah malam terus Moji diam. Nampak dia menahan kesakitan. Sekejap tidur bersujud, sekejap mengiring.
"Nafas dia pun laju dan kuat. Doktor kata kalau kena peparu, peparu jadi keras dan dia sukar bernafas dan nafas akan lagi laju," kongsinya di Instagram Stories.
Sebelum ini, Heliza telah mengadakan solat hajat untuk Moji bersama Habib dan Sheikh yang kebetulan datang ke rumah untuk seorang hamba Allah yang akan menjalani pembedahan batu karang, semalam.
Katanya, selepas solat hajat itu, ada perubahan positif pada Moji kerana dia bergerak aktif.
"Seperti mana korang tahu Moji kena cancer agressive dan kanser tu macam dah merebak keseluruh tubuh, Moji kebanyakan waktu akan rehat atau tido dan akan keluar bunyi maksudnya dia tengah rasa sakit sangat-sangat.
"Petang kelmarin Habib, Sheikh, orang-orang soleh, dorang nak buat solat hajat untuk hamba Allah nak pembedahan batu karang hari ini, lepas tu Mama minta tolong solat hajat sekali untuk Moji.
"Rasanya pertama kali dalam hidup orang buat solat hajat khusus untuk hamster. MasyaAllah untung Moji!
"Yang solat hajat tu orang-orang soleh dan solehah! Rezeki Moji. Lepas tu tengok, alhamdulillah Moji boleh bergerak macam ni," tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live