Sekilas
- Azfar Heri menafikan dakwaan bahawa dia berpindah rumah kerana merancang untuk berkahwin.
- Dia menegaskan tiada niat untuk mendirikan rumah tangga dan lebih fokus mencari rezeki.
- Azfar baru sahaja berpindah ke kediaman mewah di tengah bandar Kuala Lumpur dan berkongsi berita tersebut di TikTok.
Pempengaruh media sosial, Azfar Heri menafikan dakwaan sesetengah wargamaya yang mengatakan dirinya berpindah ke rumah baharu kerana mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
Menurut Azfar, dia sama sekali tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin bahkan terkejut dengan dakwaan tersebut.
“Saya kan pindah rumah, lepas itu ada yang kata, ‘Sebab dia nak kahwin kot’. Jangan memandai-mandai cakap saya nak kahwin. Bila pula saya nak kahwin?
“Bunuh je lah saya daripada fitnah,” katanya berseloroh.
Ujar Azfar, buat masa ini dia tidak mempunyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga dan hanya mahu memberi tumpuan untuk mencari rezeki.
“Pindah rumah saja nak kahwin. Nama pun rumah bujang, kenapa pula saya nak kahwin tiba-tiba.
“Tidak (nak kahwin). Malas saya nak kahwin, baik saya fikir untuk cari duit. Bercinta ini memeningkan,” katanya lagi.
Terdahulu, Azfar berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang memulakan fasa baharu dalam kehidupannya dengan berpindah ke sebuah kediaman mewah yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur.
Sumber: TikTok