,
Laman Utama

“Buat Waktu Malam, Pagi-Pagi Collect Hasil” - Lelaki Ini Kongsi Teknik ‘Mujarab’ Bunuh Lipas! Puas Weh!

Hanafis Haris
11/03/2022
09:54 MYT

Dengan perkongsian lebih 2,500 kali di Facebook, satu posting seorang pemuda berjaya mencuri tumpuan apabila dia berkongsi cara mudah untuk membunuh lipas di dalam kereta.

Menurut individu dikenali sebagai Khushairi itu, masalah lipas memang tidak boleh dielak memandangkan ada saja makan atau minuman yang tertumpah di dalam kereta.

Perkara itu, sekali gus menjadi ‘tumpuan’ buat serangga apabila bahan makanan melekat pada tempat duduk atau bahagian di bawahnya.

Disebabkan itu, Khushairi menggalakkan orang ramai untuk menggunakan penyembur serangga yang boleh didapati dengan hanya berharga RM7.90.

“Sekadar berkongsi perasaan puas. Kereta ada anak kecik macam ni la.

"Kinderjoy la, cekedis la, aiskrim tumpah lah. Semua diadun sebati atas seat & lantai kereta.

“Maka datanglah makhluk halus berbondong-bondong buat kenduri kemudian.

“Saya beli penyembur serangga vape ni dekat Speedmart. RM7.90 lebih kurang.

“Sembur dua tiga das bawah seat kereta,” katanya.

Jelasnya, untuk memastikan keberkesanan, semburan juga harus dibuat pada waktu malam.

“Buat waktu malam sebelum tidur, pagi-pagi collect hasil.

“Puas hati kutip sekor-sekor. Banyak juga saya jumpa yang tengah bertelur nak meluaskan ummah lipas.

“Kira saya tukang juga la ni kan? Tukang sembur,” katanya.

Anda boleh lihat posting berkenaan di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.