Laman Utama
Budak Nakal Sudah Mari! Filem Animasi Shin-Chan Bakal Ditayangkan Di...
Istimewa buat penonton dan peminat Malaysia, kali ini Astro First membawakan animasi terus dari Jepun iaitu filem ke-29 daripada francias popular Crayon Shin-chan, ‘Crayon Shin-Chan The Movie: School Mystery! The Splendid Tenkazu Academy’.
Tahun lalu, filem ini telah ditayangkan di negara asalnya, Jepun dan berjaya meraih kutipan box office.
Filem terbitan Produksi Shin-Ei Animation ini telah diarahkan oleh Wataru Takashi yang namanya tidak asing lagi dengan dengan siri animasi Shin-Chan yang sebelum ini.
Filem ini masih mengekalkan kesemua pelakon suara yang sama dari filem prekuel seperti Yumiko Kobayashi (Shin-chan), Tamao Hayashi (Nene), Mari Mashiba (Kazama), Teiyu Ichiryusai (Masao), Chie Sato (Bo), Miki Narahashi (Misae), Toshiyuki Morikawa (Hiroshi) dan ramai lagi.
Filem tersebut bakal mengisahkan situasi di mana Shinnosuke dan rakan-rakannya masuk ke sesi induksi selama seminggu di sekolah elit berasrama penuh yang ditadbir oleh AI untuk terlibat dalam pasukan pertahanan Akademi Persendirian Tenkatōitsu Kasukabe (lebih dikenali sebagai "Tenkasu").
Secara tidak sengaja telah berlaku satu insiden di mana Kazama diserang.
Pasukan pertahanan Kasukabe bergabung tenaga dengan presiden majlis pelajar sekolah Chishio Atsuki untuk membentuk sekumpulan detektif bagi menyelesaikan misteri di sebalik apa yang berlaku.
Jangan lupa saksikan filem animasi, Crayon Shin-Chan The Movie: School Mystery! The Splendid Tenkazu Academy bermula 4 Jun dengan hanya RM15 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Must-Watch Video