HIBURAN
“Bujang Sampai Tua Pun Tak Apa” – Fatiya Latiff
Pelakon kontroversi, Fatiya Latiff sekali lagi menjadi bualan netizen apabila memuat naik kenyataan mengenai soal jodoh dan perkahwinan menerusi hantaran di platform Threads miliknya baru-baru ini.
Menerusi entri tersebut, Fatiya atau nama sebenarnya Nur Fatiya Abdul Latiff, 38, menjelaskan bahawa dia tidak kisah jika terus hidup bersendirian sekiranya lelaki yang hadir dalam hidupnya tidak memenuhi piawaian tertentu.
“Bukan tak nak kahwin, yang datang tu Ya Auoloh. Bujang sampai tua pun tak apa… tiber!,” tulisnya.
Tidak cukup dengan itu, pelakon drama Nur Kasih itu turut memberikan kata-kata semangat buat wanita yang masih belum bertemu jodoh agar tidak terlalu merendahkan standard semata-mata kerana mahu berkahwin.
“Morning!!! Motivasi untuk semua single ladies out there!! Do not settle for less!” katanya dalam hantaran berasingan.
Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen yang rata-rata menyokong pendiriannya dan menganggap kenyataan itu sebagai satu bentuk ‘wake up call’ kepada wanita agar lebih menghargai diri sendiri.
“Fatiya ni kadang-kadang apa yang dia cakap tu memang betul.
“Jangan sebab nak kahwin sangat, terus terima sesiapa sahaja. Hargai diri,” komen beberapa pengikutnya.
Sumber: Threads
Must-Watch Video