Pengsohor media sosial, Hafiz Mahamad meluahkan rasa terharu apabila jenama kosmetik dan kecantikan yang diusahakan bersama isterinya, Ainaa Beauty telah menembusi pasaran Indonesia.
Menerusi kemas kini di Instagram, Hafiz juga dilihat berasa bangga apabila rakyat Malaysia dapat ‘berdiri’ di negara orang.
“Ainaa, nama awak dah ada di seberang. Walaupun abang kurang masa, tapi nama awak sentiasa abang bawa kemana-mana.
“Bila saya melihat kita dapat berdiri di negara orang… Ya Allah, dengan izin Mu, aku yakin aku dan pasukan mampu buat semua ini,” katanya.
Menurut Hafiz, buat masa ini dia hanya mengharapkan sokongan daripada pengikut-pengikutnya yang telah dianggap sebagai sahabat.
“Saya tidak mengharap untuk dihargai, kerana pedih bila berharap. Tapi saya hanya perlukan sokongan daripada awak sahabat saya. Izinkan saya menjadi wakil anak Malaysia untuk berada dan mencipta kejayaan di negara orang. Percayalah, kudrat saya dan pasukan tak pernah main-main. Saya takkan sia-siakan sokongan itu.
“Saya dapat email hampir 200 sahabat di Indonesia yang nak bekerja dan berniaga dengan Ainaa di sini. Alhamdulilah semalam (Jumaat) selesai setup management di Pekan Baru dan Ahad saya akan ke Jakarta pula.
“Untuk usahawan Ainaa (team), percaya kata kata abang: ‘Tiada jalan shortcut’. Abang harus kerja keras dan buat semua ini untuk hilangkan satu persepsi, selain untuk kebajikan awak tapi ada satu sebab penting dibawah ini.
“Bila mereka tanya awak kerja atau berniaga apa? Jangan jawab awak berniaga produk orang. Tapi jawablah, ‘Aku usahawan Ainaa’. Abang tak nak dan percaya takkan ada seorang pun akan menghina kerjaya awak tapi mereka bangga ‘Ainaa’ selalu ada hala tuju. Inspirasi, cinta dan keberanian, ini lah Ainaa,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata semangat serta respons positif buat Hafiz dan isterinya Syafiqah Aina.
Selain itu, tidak kurang ada yang menumpang bangga terhadap pembukaan cawangan Ainaa Beauty di seberang.
Izwan Isa
Sat Sep 17 2022
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.