Laman Utama

Bukaan 2cm Tapi Hospital Suruh Balik, Ibu Bertarung Nyawa Bersalin Dalam Kereta

gempak
Azwa Rahman
30/12/2021
11:43 MYT
Sponsor Banner
Bukaan 2cm Tapi Hospital Suruh Balik, Ibu Bertarung Nyawa Bersalin Dalam Kereta
Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila menyambut kelahiran bayi mereka di dalam kereta ketika menuju ke Hospital Seberang Jaya kerana pada awalnya, mereka diminta untuk pulang ke rumah walaupun sudah ada tanda-tanda untuk bersalin.
Menerusi laman sosial Facebook PenangKu Viral, ibu tersebut mahu mendaftar masuk ke wad bersalin namun diarahkan pulang berikutan dijangka tempoh melahirkan masih lambat.
Ibu tersebut membuat rayuan untuk terus berada di hospital berikutan mereka tinggal di Bayan Lepas dan perjalanan untuk ke hospital tersebut memakan masa.
Walau bagaimanapun, rayuan tersebut ditolak dan pasangan suami isteri tersebut akur lalu pulang ke rumah mereka yang mengambil masa hampir satu jam kerana keadaan trafik yang sesak.
“Ibu dan new born baby bertarung nyawa asbab SOP bangang Hospital Seberang Jaya. Lebih kurang Jam 11.00 pagi patient mendaftar masuk ke wad bersalin selepas turun tanda bersalin,
“Jam 12.30 tengahari Dr check patient, bukaan 2cm. Jam 3.45 petang patient diarahkan balik ke rumah dengan jangkaan masih lambat bersalin.
“Patient merayu untuk terus berada di wad atas sebab mereka tinggal di Sg Ara Bayan Lepas, sebelah Pulau. Sekiranya berlaku kecemasan mengambil masa untuk sampai di hospital, sebaliknya rayuan ditolak dan diarahkan balik juga. Jam 5.15 petang sampai di rumah. Situasi trafik ambil masa lebih dari satu jam untuk sampai ke rumah.
“Jam 7.00 malam, patient mengadu pada suami turun darah agak banyak. Mereka bergegas ke Hospital Besar Pulau Pinang. Dengan keadaan trafik yang sesak, Waze beri anggaran masa 50 minit, Hospital Seberang Jaya 1 jam 20 minit.
“Tidak terduga, patient bersalin di dalam motokar semasa menuju ke hospital. Dalam situasi gawat, si suami membawa isteri ke LEWEH Accident & Emergency.
“Keselamatan ibu dan new born baby menjadi taruhan, selain KOS yang tidak dirancang di hospital swasta,” tulisnya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya turut berkongsi rasa kasihan dan sebak melihat keadaan ibu yang bertarung nyawa melahirkan anaknya dengan bantuan suami di dalam kereta.
Rata-ratanya menitipkan doa dan kata-kata semangat buat ibu dan anak yang baru dilahirkan berada dalam keadaan selamat dan sihat.
“Belah jambatan tu boleh kata waktu puncak sesak tambah-tambah hari bekerja. Semoga baby dan ibu sihat dan selamat,” komen seorang wargamaya.
“Minta hospital yang soh balik tadi tu tanggung kos hspt private tu. Kalaulah hilang nyawa masa tu sapa nak jawab. Moga dipermudahkan urusan keluarga tu,” kata seorang wargamaya.
“Sebab tu la aku cukup trauma nak bersalin lagi. Bersalin hospital Seberang Jaya juga. Sakit dengan geram sakit hati haih taktau la .. Nasib nurse ada juga yang baik-baik.. tenang sikit hati ni,” ujar seorang wargamaya.
“Bila laa nak boleh keadaan normal balik.. semua yang nak bersalin tumpu pada satu hospital saja. Memang tak masuk akal, kesian yang jauh buat aduan. Boleh saman tu,” luah seorang wargamaya.
“Dah ada bukaan suruh balik… Allahuakbar, seram juga pengalaman di hospital ni,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, kisah ibu tersebut telah menerima hampir 700 perkongsian di laman Facebook.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024